Sunday, March 23, 2014

Fikiran Generasi Y

Hai,
Assalamualaikum.
Lama Amalina tak update laman ni. Amalina sibuk ulangkaji untuk peperiksaan ulangan penggal 3 STPM. Amalina bukan tak dapat keputusan yang bagus cuma, keutputusan ulangan penggal 1 yang Amalina ulang hari tu tak keluar lagi. Lagi satu, pendaftaran ulangan pula beberapa hari saja. Hmm, jadi masa tu sangat-sangat terisi dengan urusan peperiksaan. 

"Kalau awak masuk Tingkatan 6 bukan untuk masuk universiti berhenti saja."

Kata-kata dari seorang guru tingkatan TDS. Bila difikirkan ada betulnya. Kami berjuang untuk ke Universiti. Walaupun pelabgai pendapat mengatakan bahawa peajar Tingkatan 6 ini selalu kaki sebelah di ibarat dia universiti cuma perlu realitikan kaki yang sebelah lagi saja. Back to the result okay. Amalina tak rasa Amalina dapat keputusan yang baik untuk ulangan Penggal 1 jadi Amalina ambil keputusan untuk ulang Penggal 3. Mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Bila dah daftar, beberapa hari kemudian keputusan ulangan pun keluar. Alhamdulillah. Dapat 2.67. Tak sangka.

Jadi Amalina kena berusaha untuk ulangan Penggal 3. Baca dan  hafal. Azri ada tanya Amalina macam mana nak dapatkan mood. Jawapan Amalina fikirkanlah buat apa ulang kalau tak nak belajar. Sentap juga Azri. Haha. Maaf. Hari peperiksaan, ya Allah. Susah sangat hati ni. Kalau dulu masih lagi di alam persekolahan, jadi perasan tu sangatlah berbeza. Lusanya, keputusan STPM diumumkan. Walaupun mengulang Amalina tetap ke sekolah. Akhirnya tak ada slip STPM. Amalina kena semak keputusan melalui SMS. Terkejut yang teramat sangat. Pengajian Am dapat 3.0. Alhamdulillah sangat-sangat. Keputusan keseluruhan tak lah bagus sangat. Semak di laman MPM. Alhamdulillah. 2.67. Hampir dengan 2.7kan? :)

Alhamdulillah. Sebenarnya kerisauan melanda juga untuk ke IPTA. Ramai kawan kata, Amalina ambil ulangan penggal 3. Jangan risau. Hmm. Ada juga pelajar STPM Facebook kata. Kenapa kena fikirkan masuk universiti, sedangkan kemajuan dunia sekarang, bergantung kepada kemahiran yang ada pada diri seseorang itu. Selain itu, sebagai generasi Y yang membesar dalam dunia teknologi kita seharusnya memikirkan bagaimana kita menonjolkan diri pada masa hadapan dengan kemahiran pada diri kita bukan pada sijil yang kita. Tinggi mana pun seseorang itu belajar, jika kemahirannya paling rendah dia bukanlah orang yang dicari dalam sektor pekerjaan. Gaji pula dibayar mengikut kepandaian, dan kemahiran kita menyelesaikan masalah bukan pada akademik kita.

Berbeza bukan? Pemikiran pelajar tersebut pemikiran jangka panjang seorang pelajar. Amalina memang tak menafikan hal tersebut. Namun, tidak semua sektor pekerjaan memandang hal itu. Ramai orang memandang kepandaian, dan kemahiran terletak pada sijil akademik. Apa pun yang terjadi kita harus jadi diri kita sendiri, dan bijak merebut apa saja peluang yang terhidang depan mata kita. Semoga semua pelajar STPM berjaya di dunia, dan akhirat. Lepas ni Amalina perlu siap sedia dengan ilmu yang lain pula bagi kelancaran temuduga ke IPTA. Selamat maju jaya semua. Sekian.




No comments:

Post a Comment