Monday, January 5, 2015

The Life..

Assalamualaikum.
Hai.
Berabuk sudah  blog ni.
Sibuk sangat sejak duk kat negeri orang ni. Alhamdulillah. Semuanya terkawal dan dikawal baik. Syukur.
Kawan-kawan? Alhamdulillah, Baik baik belaka. Kita yang pilih kita nak kawan dengan siapa kan? hmm. Cakap pasal kawan kan. Amalina rasa cam ada seorang ni dia cuba jauhkan diri dia dari Amalina. Hmm. Tak apa la 'kawan' datang dan pergi. Lagi pun semua yang ada ni semua Allah yang punya. Siapa lah kita nak halang ketetapanNya kan? Kalau dah takdir kami kawan sampai situ je apa boleh buat, life must go on. Lagi pun Amalina suka buat tak tau pasal benda-benda cam tu jadi kalau sesiapa yang terasa ingin merajuk hati tu, maaf. Saya tak akan memujuk. Kalau ada silap salah pun maaf juga ya.

Well, This is my blog kan. Why should I write about others? hahaha
well well.

Jadi pelajar.. eh typo.. siswa masscomm ni.. kena juga belajar photography tapi kami tak panggil ia photography. Kami panggil photo communication. hah! Assignmentnya, sangatlah seronok sebabkan..




Lecturer kata boleh nak ambil gambar orang tapi mintalah kebenaran dulu. hahaha. Amalina lagi suka Ambil gambar alam. Banyak lagi gambar tapi sayangnya external hard disk kena format jadi tak banyak yang tinggal..

Sekarang? lagi beberapa hari je semester1 ni habis. Lepas ada Latihan Intensif Bakal Band. Sedia tak sedia kena juga pergi. Band ni, Pancaragam UiTM. Paling best majlis apa kat UiTM? Mestilah majlis yang ramai pelajar involved masa tu korang bayangkan dapat kena dengan ramai lagi kawan. Hilang satu berganti sepuluh. haha.

"Jumpalah tu yang berkenan dihati"

Hahaha. Ramai je yang berkenan di hati, tapi tak Allah perkenankan. Kenapa? sebab belum masanya. Entahlah ya, Cinta selepas nikah mungkin lebih baik. haha. Sibuk dengan kerja-kerja kat sini, cinta yang sebenar-benarnya yang sejati tak habis lagi dikejar, tak habis lagi dicintai. Mcm mana nak cari cinta manusia. Kalau ada pun biarlah namanya di dalam hati hanya Allah yang tahu. Semuanya ketentuan Ilahi, kalau ada, ada lah kalau tak ada, lain kali..

No comments:

Post a Comment