Hai
Assalamualaikum. Panjangkan tajuk kali ni. Sepanjang ceritanya la.
dah lama kan Amalina tak update blog. Lama ker? Boleh la lebih 3hari.
Lepas ni dah tak payah nak fikir apa-apa lagi dah. After this, nak kerja sekejap. Yerla tahun depan walaupun dapat voucher buku yang RM 250 tu pun nak kena spend jugak an. Okay now I’ll would like to tell you guys about… KOLOKIUM. Wee! Best sangat. Sangat sangat. Rasa macam tak nak balik. Kalau tak balik kang tak jawab periksa kang. Haish…
Okay. Assalamualaikum. Panjangkan tajuk kali ni. Sepanjang ceritanya la.
dah lama kan Amalina tak update blog. Lama ker? Boleh la lebih 3hari.
Lepas ni dah tak payah nak fikir apa-apa lagi dah. After this, nak kerja sekejap. Yerla tahun depan walaupun dapat voucher buku yang RM 250 tu pun nak kena spend jugak an. Okay now I’ll would like to tell you guys about… KOLOKIUM. Wee! Best sangat. Sangat sangat. Rasa macam tak nak balik. Kalau tak balik kang tak jawab periksa kang. Haish…
Day 1.
Kami sampai dan daftar. Belum undi giliran lagi tau. Shafiq tanyalah dekat pegawai pendaftaran tu (pegawai seyh) no berapa yang ada. Yang tinggal no 1 dengan no 6. I repeat no 1. Huh, kami memang berserah segalanya hanya pada Shafiq la. Cepat-cepat semu sorok belakang cikgu Roselina. Tak nak tengok apa yang Shafiq dapat. Dia dah ambik tu dia pandang belakang dia kata no6. Alhamdulillah. Tengah-tengah. Nampaknya waktu malamlah kami semua bentang. Takper asalkan ada masa untuk kami menarik nafas dengan leganya so malamnya memang akan tidur dengan lenanya. Bila dah tau dah no berapa so apalagi snap sana snap sini.
Day 2.
Mengantuk.Hakimi pagiII lagi dah ‘morning’ tak tidur la ni mamat ni. Sah sangat. Kuat kan mata untuk bangun dan bersiap ke JPN. Pembentang lagi untuk kumpulan lain. Sampai satu kumpulan tu.
‘Apasal aku dengar suara ni? Mimpi ker?
Tak mungkin’
lepas tu nak pergi derma darah. Zaris punyalah takut. Macam dia yang nak derma darah. Then, dah check darah tu rupa-rupanya Amalina tak cukup darah. OUH! Hakimi, aku dah jadi cam kau dah ni. Bertuah nya aku, aku tak kena masuk darah macam kau hahahaha. Sampai waktu makan tengah hari I saw that clone once again and he look at me. Hahaha 1st time tu rasa-rasanya dia ni tengok kereta kot tapi bila dah lama-lama tuh. Sampai Amalina buang sampah pun tengok. Apahal dah ni. Malam? Berbualla, belajar. Kau Kimi memang sukakan macam tuh ngan aku. Monster la tu la ni la. Ada jer. Eghh! Hehehe.
Day3
Hari kemuncak. Huh, kami? Tak berharap dapat apa-apa anugerah pun. Sedih an? Bukan sebab apa. Sebab kami tak yakin dengan apa yang kami buat. Dah bentang dah okay dah tuh. Okay, kami memang suka buat kerja sendiri. Tulis nota, baca buku. Then, hmmm. Hah ingat tak? Yang yang sama macam Hakimi tuh. Amalina terperasan dia bila dia nak keluar. Bila dia masuk pun Amalina tengok jer sebab duduk sebelah Rian kan so jauh la kalau nak panggil ker hapeh ker. Lagipun baru lepas kena motivasi. Takkanlah terus nak panggil an. Semata-mata. Okay dah stop it! Sampailah kami ke majlis penutupan. Ouh, adakah kami? Tidak mungkin ramai yang hebad hebad. Serius!. Setelah diumumkan Anugerah Bistari, Jauhari dan Nilam okay dah habis dah. Tiba-tiba Anugerah Pendeta, aik?? Apakah?
‘Anugerah Pendeta dimenangi oleh SMK
TAMAN DAYA’
‘huh, sekolah aku ea? Tak salah sekolahkan?’
dalam hati.
dalam hati.
hahaha memang kami tak sangka. Sangat tak sangka. Apa-apa pun syukur. Alhamdulillah. Terima Kasih kepada Ibu bapa kami, Guru-guru kami terutama Cik Hafidzah bersama-sama menyiapkan segala tugas kolokium ini. Terima Kasih Cikgu. Kepada rakan-rakan seperjuangan satu sekolah lain sekolah terima kasih. Hakimi and Mizi terima kasih jugak. Semualah terima kasih.. sangat..
Habis. Lepas tu main addadd jer la di Facebook. Exam? How? Okay-okay jer. Lepas ni? Spend a lot of time with …………. Entahlah siapa siapa jer la.
Dalam satu entri, tak pernah pernah Amalina tulis panjang-panjang kan so now I'm do it.
okay, after exam, kami satu family pergilah bercuti di CAMERON HIGHLANDS. Tahun lepas dah pergi tapi Amalina jer yang pergi so kira hajat satu family la. Okay dengan confidentnya terjah berjalan hari Sabtu. Dah sampai tol Gmbang dah. Sekali salah jalan daaa. Patah balik pergi keluar dekat exit Raub. Keluar highway jalan lagi. Cari Sungai Koyan. Jalan punya jalan tiba-tiba satu signboard tunjuk 'KARAK 8km'. Masa tu Amalina punya tak keruan aduhai. Karak sampai dulu ker? Eh ni bukan jalan lama ker? Waduh tijah~
dalam kereta tu mulut tak berhenti terkumat kamit dengan ayat kerusi. Sampai satu simpang tiga ni ada signboard kat depan. Menunjukkan Karak sebelah kiri dan Sungai Koyan sebelah kanan. Amalina punya lega... tak terkata (Amalina ni percaya semua tu ker?) okay jangan salah faham, nak kata percaya tak adalah percaya sangat tapi nak cakap tak percaya adalah percaya kewujudan makhluk-makhluk Allah yang lain ni (macam mana tuh?) nak terangkan panjang lebar pun tak gunakan. Anda fikir-fikirkan sendiri la ya. Maafkan saya.
Perjalan punyalah jauh, 1jam setengah lamanya. Belum naik Cameron lagi tuh. Ayah pulak tak nak 'pisang berbuah dua kali' dia pun tanyalah orang-orang disekeliling. Ramai jugaklah yang membantu. Jalan lurus punya jalan, nampak signboard Cameron ke kiri. Masuk simpang tuh, gelap gelita. Sampai dekat satu jalan ni ibu ada ternampak seorang budak kecik dengan moto dan dua ekor anjing. Padanlah ibu diam jer masa tuh. Jalan kedepan lagi ada pulak orang tua tak pakai baju tapi berseluar. Ayah dah nak berhenti tanya dah tapi ibu dengan Amalina cepat-cepat cakap. JALAN JERKKK!
Kalau 'lelaki' tuh orang tak okay jugak mana tau dia nak merompak ke nak tipu ke? Jadi cara terbaik adalah jalan sahaja. Sampai satu kawasan Amalina dah tak boleh tahan terus tertido. Bila tersedar rupa-rupanya dah sampai Cameron. Kalau ikut Raub ni kita akan jumpa Tanah Rata dulu. Kalau ikut highway KL - IPOH kita akan jumpa Brinchang dulu. Pusing punyalah pusing sampai dekat satu kawasan ni jalan ditutup. Aik dah kenapa? Ada polis tapi satu pun tak bagi respon. Ni polis ker? (dah mula dah dalam kepala ni). Ayah pun memandu ke arah polis tu.
Ayah : Encik saya nak pergi ke Cameron.
Polis : hah?
Me : bukan dah sampai ker? ayah tanah rata lah.
Ayah : hah tanah rata.
Polis : dah betul dah ni encik ikut sini. Lagipun Encik memang dah dekat Cameron dah ni.
Me : Ayah excited sangat la tuh..
Ibu pun gelak jugak. okay sampai Tanah Rata. Amalina ada nampak kedai sup. UUU sedapnya kalau dapat makan sup daging. Ayah pulak cari hotel. Kebanyakkannya dah penuh. Okay kita pergi Brinchang pulak. Jumpalah satu hotel ni 'Kavy Hotel', sementara tunggu ibu dengan Ayah survey, Hakimi mesej. Baru bangun katanya. Okay, dia memang tidur jer kerjanya. Amalina pulak ada 1jam call free. Call lah mamat ni tak angkat pulak. Kali kedua baru angkat. Adik pulak annoying sangat-sangat. dia pergi pasang MP3 dia kuat-kuat. ergh budak ni....
Masa ni memang sejuk. Sampai ke tulang rasanya. Mungkin sebab hujan. Okay then, check in hotel. Dekat depan hotel ni ada lelaki mana entah, sibuk dok cerita pasal anak dara kahwin muda pastu dok pandang-pandang Amalina. Rasanya macam nak cakap je
'Saya sekolah lagilah, kenal pakcik pun tak sibuk dok cerita pasal kahwin muda, apasal?'
agak kurang ajar kan? Amalina tak buat pun macam tuh la. Main-main je. Jam 2pagi Amalina still tak tidur-tidur lagi, tak boleh tidur la. Kimi pulak, tau jer Amalina tak tidur. Pejam celik pejam celik sampai pedih dah mata Amalina tapi still tak tidur lagi.
Hakimi : pejam jer la mata tu.
Masalahnya dah pejam celik berpuluh-puluh kali tetap tak boleh tidur. Tiba-tiba...
ibu : siapa main lampu ni? Akak tidur...
me : Alamak~ yer kejap lagi.
Balas mesej Kimi dalam selimut. hahahaha sengal kan kejap-kejap tarik selimut. Adik pulak tiba-tiba jer 'hahahaha' jap lagi ' hahahaha'. Ish mamat ni dah kenapa? ngigau la ni. Sampai satu masa Amalina tertidur jugak. Mesej Kimi? mestilah TAK balas, nama pun dah tertisur kan.
Jam 5pagi Amalina dah tersedar. Tengok phone ada satu mesej. hahaha jam 7lebih baru dibalas mesej tadi...
'sahlah mamat ni tidur'
Okay, memang ada cerita pasal mesej tu tapi dah cukup-cukupalah bila nak habis kalau cerita detailnya, biar kami-kami jer tau. Hahaha. Pergi pasa pagi dekat dengan flat Brinchang tuh. huh, banyak betul gerai. Pengunjung? lagi la ramai. Siap main langgar-langgar lagi. Hahahaha. Ibu pun excited nak beli strawberry dan makan sebanyak mana yang boleh. Katanya strawberry merupakan agen anti-kanser. Entah Amalina tak tau sebab Amalina ni jenis yang makan semua. Hmmm, sebab? mungkin dari kecik arwah nenek dah didik 'makan jer apa yang ada' tapi Amalina kalah dengan coklat dan ketam. Coklat tuh kalau lapar sangat dan malas nak makan, okay boleh lah layan lagi. Ketam? dulu bolehlah. Sekarang? mengelak. Kenapa? sebab hari tuh makan tak tahan lama dalam perut perut terus uwekkk. huh, sangat terseksa so sekarang elakkan. Tak nak rasa lagi.
Okay lepas tu pergi sarapan. Terbalik kan?? sepatutnya pergi sarapan dulu. Sarapan dekat Tanah Rata, shopping dekat Brinchang so pergi mana yang dekat dulu lah kalau sarapan dulu nanti nak parkir lagi tu la inilah. Susah. Okay after sarapan semua, naik balik. Menghala ke Brincahang balik (nak consider naik ker? sebab jalanya kejap turun kejap lagi naik) Ibu nak pergi ladang strawberry tapi tak singgah pun sebab hujan. Jalan punya jalan sampai dekat Taman Rama-rama, apa lagi masuk la. Time nak ambil gambar kamera pulak ntah mana. Jangn tinggl sudah. Sekali dalam kereta daaa. Amalina ambil lah. Meredah hujan segala. Huh basah dan sejuk...
Time ni dah selsema dah...
Habis kat sini, kami ke ladang teh. Ayah nak sangat pergi. Okay, tunjuklah Bharat Tea Plantations. Ada satu kereta 'PREVE' ni, orang KL kot. Degil sungguh, dah cakap jalan jer boleh punya pusing. Degil! still tak boleh! tak boleh! dalam kereta tu ada dua lelaki, bukannya nak buat merokok je. Lepas tuh salahkan kereta Saga warna merah pulak sebab parkir tak betul. APA BENDA la. Akhirnya lepas jugak pusing. Haishh! Tak Boleh Tak Boleh. Boleh jer tu. Lepas jer parkir kereta tu tau pulak satu family malu, terus masuk ladang. Kami? of course la. Buat bodoh je. Hahahaha. Ayah melayan ibu ambil gambar. Adik pulak biasa lah dengan perangai dia. Sengal jugak kadang-kadang.
Ladang teh bukan destinati terakhir. Ada lagi, ALVORD CHOCOLATE HOUSE. Bukan untuk beli coklat ya. Saja tengok-tengok. Then makan kek. Biasala Tiramitsu dengan Mouse. Nak beli coklat? Tak sebab nanti dalam kereta CAIR~ hahaha.
Lagi? Pergi KL. Nak cerita ker? Ala pergi IKEA jer dengan The Curve. Tak ada apa pun yang best biasa-biasa jer. Baik pergi Jusco ker, JPO ker. Okay lagi. (mungkin tak biasa kot~) masa ni Amalina dah rasa lain macam dah. Sakit tekak, selsema. Aduhh. Habislah. Sampai rumah Cik Cha, kepala dah sakit. Sah la ni. Nak demam. Lepas makan, tanpa ubat terus tidur. Adik? Apa ntah dia buat.
Last day, dekat KL. Amalina rasa macam nak balik~ sekarang jugak! tapi singgah IKEA lagi. Ibu beli para untuk dapur. Tak larat dah nak tunggu sampai kat kaunter, memang Amalina dah CABUT lari dulu. Panas weyh. Terseksa. Nak beli ubat. Semua tempat pergi tak ada. huh~ sabar jerla. Akhirnya sampai dekat Alor Gajah, Melaka. Amalina memang dah tak boleh tahan, kena carik aiskrim. Panas sangat. Ibu dengan Ayah decided nak pergi makan dekat Pagoh jer. Perjalanan nak pergi pagoh tu jer. Kenapa jauh sangat ni? selalu tak pun. Highway tukar ker? mungkin perasaan jer kot~ Amalina makan bubur nasi.
Ibu : sedap?
Me : tak sedap.
Ibu : dah habis makan belum?
Me : geleng jer (tawar, tak de rasa)
Ibu : sedapnya kak.
Me : #$@^&*!
Tekak dah sakit memanglah kan makan chicken chop pun kata tak sedap. Akhir sekali beli buah, lagi rasa tekak ni macam berdarah jer yerla ada asamkan. huh, dari Pagoh nak ke JB rasanya lagi jauh. Tak sampai-sampai. Kalaulah ada kuasa terbang dah lama dah terbang. Kain yang Amalina basahkan letak depan air-cond pun dah tak rasa sejuk. Panas jer. Dalam hati ni. Bilalah nak sampai ni. Sampai je highway Bandar Dato' Onn, fuh lega terus zasss pergi klinik. Tunggu lama pulak tuh. Adoihai. Sabar lagi. Habis jer jumpa doktor terus balik. Masing-masing dah penat. Amalina? Lagi la penat sebab kepala dah berat, hidung pulak dah tersumbat. Bernafas guna mulut. Kering bibir, sakit.
Mungkin Amalina penat sangat. Yerla Kolokium ambil masa yang lama nak siapkan. Lepas tuh pertandingan pulak, Tercabut jantung ni hah. Esoknya terus peperiksaan STPM1, hari jumaat tak periksa kan? Memang la. Amalina pergi KFC balik nak kerja lagi. Petangnya kemas rumah, mop dan itu dan ini dan itu dan ini. Esoknya nak kemas buku-buku jer, ayah ajak pergi terjah Cameron hari tuh jugak. see~ kalau anda tidak melakukannya anda tidak akan merasainya tetapi juka anda melakukan perkara yang sama jangan pulak mengeluh.. <--merepek dah.. hahahaha
Lawak ker? Tak an. Biasa jer.
Terima Kasih sebab jadi 'stalker' blog aku.
# ingat kita akan saling senang-menyenangkan dan saling susah-menyusahkan.
No comments:
Post a Comment