Thursday, December 27, 2012

Dua Puluh Dua Belas



Assalamualaikum. Hai.
lama sudah jari jemari ini tidak menari-nari diatas papan kekunci. Kenapa? Sibuk sikit akhir-akhir ni. Sibuk melayan kepenatan. Kerja kan.

Yang kau gi gatal gatal kerja kenapa?

Haiyoo. Macam mana nak jawab soalan ni? Hmm, Amalina pun satu juga dah tahu kerja tu penat kenapa la pergi bising bising. Okay,sebenarnya dari awal lagi dah rancang nak resign bila. Banyak sebenarnya cerita dekat KFC tu, stress. Amalina malas nak cerita. Kenapa? Fikir dulu sebelum buat. Tak pasal-pasal keang kena marah pulak, jalan terbaik adalah diam sahaja. Kalau stress kan ada Hakimi dengan Laksama (sekarang dah tak, dia nak jadi suami pulak)

Dekat tempat kerja, lepas satu, satu jadi. Macam-macam hal. Amalina? Okay jer fikir satu sahaja. DUIT!!. No money No food. Hahaha. Betul kan? kawan-kawan kerja, okay jer. Walaupun diaorang ramai yang tak suka dengan Amalina dan ada yang layan macam nak tak nak je tapi Amalina peduli apa.

bukan kauorang yang bayar gaji aku, KFC bayar.

Yang penting kerja je. Macam mana? Senang, fikir duit dan Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar dengan ujianNya. Ingat, setiap yang kita jalan, merupakan cubaan untuk kita terus kuat dan tabah dalam kehidupan. Amalina akui memang tak senang tapi daripada melayan orang-orang sememangnya tak suka dengan anda tiada gunanya. Iri hati tersebut hanya membawa kepada keburukan. Bekerja buat cara kerja la kan. hmm, kerjasama dari Restaurant manager dengan Ass. Manager memang terbaik, tak loket ilmu. Yang penting tak tahu tanya, jangan main buat je. Otai-otai? Aziman? Okay jer. Memang baik daripada dulu  tapi pernah jugak la kena mara dengan dia ni. Andy? Ergh! Tak guna. Masa awal-awal masuk kerja, pergh! Muka dia tapi dah lama-lama okay. Diaorang dua orang ni memang kuat mengusik juga. Kak Siti, kak Azura dan kak Bibah, mereka cool. Kecoh, riuh. Otai jugak ni. KFC Persada pun dah nak pindah kan, jadi makin sibuk la masing-masing. KFC Galeria@kotaraya akan jadi dibawah kelolaan staf-staf KFC Persada ni. Goodluck. Hmm, wait! Macam ada yang kurang kan? hah, Hadjar. Dia ada la. Dia la sahabat sehidup semati KFC. Hahaha, kami bertukar cerita, masalah dan nasihat. Gaduh? Selalu. Manja-manja, apa salahnya. Hahaha




with Restaurant manager..

with Hadjar..



Okay, rasanya sampai situ jer la cerita kerja. Sekarang kita cerita pasal tahun 2012. Hai, dah nak habis dah cerita pada tahun ni. Hmm, kenangan? Banyak. Okay, yang paling best? Form 6 la. Eh, salah-salah Prauniversiti. Hahahaha. Macam-macam. Tahun depan ada lagi. Yeah! Lagi 2semester je. Semoga kami tabah menghadapinya <--ayat pasrah la ni.

Lagi? Majlis Kolokium Pelajar Prauniversiti 2012. Hebad weyh. Sangat. Masa ni la baru sedar akan baiknya Prauniversiti. Kenapa? Sebab dapat ramai kawan. Hahaha, macam masuk yang lain-lain tu tak ada kawan je. Actually ada je Cuma Amalina merasakan kami semua adalah pewaris bangsa yang hebad dan berani. Kenapa? Cuba anda fikirkan. Pasti jawapan yang anda perolehi akan membuatkan anda respon begini.
gila lah..
pergh..
eleh…

yang mana-mana je la. Hahahaha. Yang penting kami HEBAD. Berlagak la pulak kan. haha suka la. Macam-macam keranah sebenarnya. Nak baca semua? Tak apa la Amalina tak kuat nak taip panjang-panjang. 


dengan peminat setia najwa latif, hahaha (kelakar bila ingat balik)

dengan Noriman. hahaha (ni lagi lah)

okay yang ini dah lain. hahaha


okay, new point.
hahahaha bila nak taip nama ni rasa nak tergelak. Kenapa? Siapa? Okay, orang ni selalu sangat Amalina cerita dan Amalina takut orang bosan. Dah tahu kan siapa? Hakimi la siapa lagi kan. nak buat macam mana, dah kata kawan. 



Sudah-sudah la tu tanya macam-macam. Kami ni sekadar kawan. Nak kata rapat, masing-masing jauh cuma satu negeri jer rumah. Seorang kat JB, seorang lagi kat Mersing. Jauh kan? tapi boleh la. Kekadang Amalina tak faham la, spekulasi kami berdua ‘sweet’ hahaha. Tak ada nya. Selalu gaduh, Hakimi kerjanya sakitkan hati orang je. Dia je nak menang. Amalina? Nak lawan tapi apakan daya. Orang tua kan, biar je la dia menang. Sampai satu masa Amalina cakap dengan Hakimi yang Amalina benci dia. Benci benci pun kawankan. Kesian dia, dia masuk Hospital, Amalina melawat la.

 Adik kau yang kembar tuh comel, sangat


ergh! Dah dah



Bila ada masalah dan orang-orang lain buat tak tahu je. Amalina cari Hakimi, tak kira la dia nak dengar ke dia tak nak dengar ke, DIA KENA DENGAR. Kena layan juga Tuan Puteri ni. Hahahaha. Memang la Pak pandir ni tak bagi jalan penyelesaian tapi bila ada yang dengar kita okay juga kan. Amalina ngaku la dia ni baik sebenarnya, tak ada la jahat mana pun dah perangai dia yang  macam tuh nak buat macam mana kan? Original is the best recipe kan. hahaha.



Okay, lagi? Laksamana. Hah, dah ramai dah cakap Laksamana ni Hakimi. Haha. Nope salah. Laksamana ni Amalina kenal dah lama dah sebelum kenal Pak pandir tu lagi. Dari darjah 5, Amalina selalu perhatikan dia. Kenapa? Sebab dia yang paling tinggi bukan sebab dia pujaan hati ea. Masa ni belum lagi. Naik Form1 kami kebetulan satu sekolah satu kelas dan satu KH. Kelab pun sama. Dia? Lahir awal daripada Amalina. Awal sebulan so ‘abang’ lan kan. Teringat masa dekat sekolah dulu Amalina selalu jugak la bising bising dengan dia ni. Kami buat apa sahaja yang kami suka la kan. Dia gila Amalina pun gila satu kelas menggila.hahahaha.

kau tunggu je nanti aku minang kau



I’ll treat you and protect you till the end of my life




akhirat you become mine forever la




kaukan aku punya bini




kan nak jadi bini aku kan?




nanti senang la aku nak jaga anak-anak kita

hah, percaya tak ni semua laksamana ni yang cakap. Believed me. Dia macam tu. Hahahaha. Alahai, comel. Hahaha. Disebabkan dah lama sangat kenal Amalina dah tahu la dia ni macam mana. Gelak je. Dalam kelas? Fokus dia. Tembus papan hitam, kalau mata tu ada laser tuh habis la. Dia memang suka main je dalam kelas. Bola la tu la ini la. Bila belajar, panggil dekat sepuluh kali baru dia toleh. Haish.. Laksamana ni pandai jaga adik dia. Hahaha. Comel kan?. Biar la namanya terus menjadi rahsia sebab nanti kang ada je yang tergelak berguling-guling.

okay, subtopik seterusnya. ‘Couple’. Agaknya satu kewajipan remaja sekarang mungkin. Bagi Amalina ni bukanla perkara wajib. Haram? Menurut Islam ya. Anda fikir-fikirkan la. Okay bukan ini yang akan Amalina bincang kan. Tahun 2012 tak ada dalam senarai pun nak ada ‘couple’. Cari pun tak nak apa entah lagi kan nak ‘ada’. Well, tak ada bukannya mati tapi kekadang tu tertanya jugak yang bila nak ada? Amalina tak nafikan jugak kekadang tu jeles je tengok orang jalan sama-sama dan makan sama-sama. Hmm. Bila fikir balik, bukan Amalina tak pernah buat semua tuh, pernah dan akhirnya Amalina yang sedih sebagai imbalan. Jadi untuk apa Amalina korbankan masa, tenaga dan duit untuk perkara yang sedemikian. Sepatutnya bersyukur sebab sekarang ni Amalina boleh buat macam-macam.

Nak keluar dengan lelaki ke perempuan ke takyah nak mintak kebenaran orang lain, bagitahu dekat Ibu je.

Nak gaduh dengan siapa pun sampai timbul gossip, boleh jer.


Bekerja dalam bidang yang komunikasinya tidak boleh dibataskan, boleh jer.

Berkawan dengan sesiapa jer.


Nak melawat atau ber’sayang-sayang’ dengan sesiapa pun, boleh jer.

Tak ada masalah pun. It’s cool. The most important Amalina tak yah la susah nak cari jalan nak pujuk orang kalau merajuk. Kelemahan Amalina dalah pujuk orang, memang tak pandai. Tak tahu pun. Lagi pun bukan skill perempuan kan. hahahaha sebab tu ‘couple’ bukan agenda tahun ni..

Tahun 2012, umur 18 tahun. Orang kata apa sweet 18. Sweet? boleh la tapi sebenarnya banyak sour jer. Rintangan dan cubaan yang datang lebih kurang sama jer dengan yang lepas-lepas. cuma lebih bertimpa-timpa dan agak meracau fikiran kalau makin difikirkan. Jalan penyelesaiannya biar jer la. Ini semua sebenarnya mengajar kita untuk terus kuat menjalani hari mendatang dan terus berusaha menjadi yang lebih baik dari yang lepas-lepas. Orang jugak ada kata usia 18 tahun ada umur yang membawa perubahan baharu dalam hidup setiap orang. Amalina setuju. Rasa lebih matang sikit. Sikit jer sebab perangai 'budak kecik' Amalina ni ada lagi dan itu yang buat comel tu. hahaha. Tahun 2013 pula menjelang tiba. Huh, umur? masuk 19 tahun pula. Alahai cepatnya. Ni bukan nak cerita hal kahwin ea. Angka tu hah, tak lama lagi bertukar 2 didepan dan 0 dibelakang. Alamak! NO. Hahaha. Apa pun bersyukur kehadrat ilahi atas segala kurniaannya sepanjang tahun ini dan semoga tahun mendatang ujian dan rahmatNya masih lagi ada untuk Amalina dan seluruh umat Islam..
p/s : 



Amalina pernah bayangkan jugak kalau kuasa talak dan poligami ditangan perempuan, haru biru dunia. Kasihan pula kaum Adam.



Sebaik dan sejahat mana pun rakan kita, kita perlu ikhlas berkawan dengan mereka dan menerima seadanya mereka. Mengenali seseorang dan me’layan’ sama perangai mereka yang berbeza dan complicated adalah perkara yang terindah dalam persahabatan. Percayalah..

Wasalam..


No comments:

Post a Comment