Monday, January 7, 2013

Apa Nak Dikata


Assalamualaikum.
hai.
Second week of January 2013. Apa jadi? Sekolah macam biasa. Me? Jadi emcee untuk perhimpunan. Ceh! Padahal semalamnya macam nak gila berlatih. Bukan apa. Sudah dekat dua bulan tak mengendalikan apa majlis rasmi sekolah tiba-tiba nak kena jadi practice la jugak biar dengan ‘flow’ majlis. Okay, pagi tuh dah bercadang dah nak datang awal tapi disebabkan pakaian hari Isnin agak rumit, agak terlambat. Pagi tu jaga kat depan sekejap, agak-agak dah dekat pukul 7 Amalina naik atas. Hmm agak berterabur juga lah nak cari cikgu dan juga pelajar yang terlibat dalam perhimpunan hari ni.

Ada seorang budak, namanya Haiqal. Kerjanya kacau Amalina. Apa entah dia ni. Suka mengacau orang. Eeii! Nasib baik budak lelaki, kalau tak sudah ku cepuk dirimu. Pergi mana-mana jumpa dia. Koperasi ada.  Pandang dekat tangga ada. Dekat depan mesti la ada kan. Nasib baik la dekat tandas tak ada kalau tak, H A N C U S…

okay, ada lagi. Gangguan daripada budak bernama Daus (klon Hakimi). Haish! Dik non. Amalina tak tahu la apa jadi dia dengan ‘gurlfren’ dia tu dan Amalina tak nak tahu pun. Amalina suruh kawan dia ni masukkan baju dalam seluar. Semua tu bukan untuk apa, untuk diri dia jugakan suapaya nampak kemas dan segak. Apahal la susah sangat nak masukkan baju tuh dekat dalam seluar. Susah sangat pakai baju kurung ea dik non..

Yang si Daus ni pulak entah apa-apa entah. Tunjuk benda yang tak senonoh. Padahal Amalina tak bercakap dengan dia pun. Tegur pun tak. Tiba-tiba je budak ni. Ramai yang nasihatkan Amalina bagitahu cikgu apa yang dia buat. Bila Amalina fikir balik, bukan tak nak bagi tahu dekat cikgu selagi Amalina boleh handle Amalina diam. Kalau dah sampai tergugat, maaf la adik. Tak per la sebagai pengawas takkanla hal kecil macam tu nak report kat cikgu kan. Diam jer dulu. Amalina warning jer dia dulu. Macam mana kalau niat dia cuma nak gurau, Amalina report dekat cikgu terus jadi hal salah faham. Cara ini lah yang baik.

P/s : Daus. Akak tak tahu la apa maksudnya. Nak suruh akak diam ke hapeh ke tapi apa yang daus buat tu salah. Dah besarkan. Dah menengah atas kan? fikir rasional ea..

Sekian. Kerja sekolah ^^,

Elmo ni comel kan? Nak satu la tapi tak nak warna MERAH. err. Menjauh seketika.

No comments:

Post a Comment