Friday, May 24, 2013

Final Exam Sem 2 DONE!

Assalamualaikum.
hai.

dah lama kan Amalina tak update blog. Final exam sayang ku. Lagi pun Amalina memang usy sangat dengan preparation Hari Guru lagi. Well, very important person la katankan. hmm, macam macam jadi. Pening jugak kepala ni nak cari 'couple' baru. HAHAHAHA. Untuk majlis la, bukan untuk kehidupan. Agak ngek jugak la kan kalau nak cari yang baru. Cukup cukup la apa yang Amalina rasa sekarang. Seronok Hari Guru tu sebab bertemakan 'Melawan Arus' jadi kami ni haru memakai pakaian yang lain dari budaya asal hahaha. Merasa jugak la pakai baju lain daripada lain. HEBAD.

Final exam. Okay la tiga hari sahaja. Demam menjadi teman setia. Amalina rasa penat sangat sebenarnya kalau ikutkan hati memang tak nak ke sekolah tapi disebabkan exam jadi pergi la. Nasib baik la otak ni berikan kerjasama yang baik. Masuk jugak segala data yang harus diingati tu hingga ke akhir masa kertas. Okay, Pengajian Am memang tak expect la yang soalan akan tanya melalut macam tuh tapi nak langkah je sebenarnya. Nasib baik lah apa yang Amalina baca dan hafal tu ditanya. Alhamdulillah. Syukran. Bahasa Melayu pula, soalan dia agak mencabar. Sampai masa menjawab dah habis pun Amalina still tengah menjawab. Lain hafal lain keluar, Peng. Pengajian biasa la, bersykur juga apa yang Amalina baca keluar. Lagi bestnya, soalan pasal Tony Fernandez esoknya keluar iklan pasal dia. Oh!!!. STPM memang macam tu. Sejarah pulak soalannya agak mengelirukan tapi Amalina pulun je la apa yang dah baca tu curahkan je dekat kertas jawapan. Demam ni tak ada la teruk sangat, batuk je sampai sakit dada. selsema. Bila malam memang susah sikit nak tidur, siang Amalina tak tidur sebab malam tu badan dah penat senang tidur. Tidur awal sikit, pukul 2 pagi bangun balik, ulangkaji. Masa ni memang senang sangat kepala ni nak absorb semua tuh. Jadi jangan tanya Amalina bila Amalina belajar sebab orang tidur Amalina belajar, orang belajar Amalina tidur. Bila fikirkan balik memang la susah. Balik sekolah dah kena pulun nak kena buat kerja sekolah & masak. Malam lepas isyak terus 'off' semua. Demi STPM, semuanya Amalina jauhkan. STPM merupakan peperikasaan tersusah di Asia Tenggara dan 5 tersusah Dunia. Hah, jadi jangan la pandang rendah dekat kami ya. Mintak banyak ni. Kajian semua buat sendiri dah macam buat thesis dah tau. Sekarang Amalina tak hairan kenapa pemilihan universiti STPM diletak paling atas ataupun bahagian pertama jadual pemilihan kemasukan ke Ijazah pertama. Semoga kami semua peroleh keputusan cemerlang ya. Amin...

okay, sekarang cuti tapi kenapa Amalina rasa macam nak pergi sekolah ea? ish, sedih betul. Merancang nak jumpa Fathira, tak jadi. Tak apalah. Maybe lepas ni kalau ada apaII perancangan lagi Amalina tak join kot. Penat lah. Busy. Nak jadi pelukis jalanan. TAK SABAR NAK GI SINGAPURA!.

Faris? entah lah dia. Kata kita berdua ni kawan tapi macam tak je. Okay mungkin dia sibuk or kerja.Bila fikir balik Amalina pun satu, dah dia kata dia nak menyendiri yang pergi contact tu kenapa kan. Bonggok jugak. Kalau dia tak nak layan Amalina lagi. Okaylah tak apa. I'm fine. Siapalah Amalina ni? Kalau semua kawanII yang lain tak nak kawan or layan macam dulu pun, ikut korang lah. Amalina tak boleh nak paksa. If Amalina ada buat masalah or salah, sorry la. Amalina tak tahu nak buat apa lagi kan kalau dah korang tak nak layan Amalina. Its okay. As long as korang happy.

Hakimi? hehehe. Jangan pelik ea kenapa aku tanya kau pasal bola hari tu. Almaklum exam STPM kena tahu isu semasa walaupun paper sejarah. Amalina memang geram dengan dia ni. Cara cakap dia tuh #sentap. Actually dia tak ada kejam sangat. Kejam sikit jer. Hahahaha.

Couple lagi? Tak mahu. Kalau Amalina couple lagi Amalina akan sakitkan hati orang je. Lagi pun Amalina okay dengan keadaan sekarang. Bukannya tak ada keinginan, tengok orang yang sebaya dengan Amalina ada couple tapi Amalina ni yang buat jahat nanti. Tak apa la sekarang ni sibukkan diri jer la dengan apa yang ada. Hargai apa yang Amalina ada. Amalina memang ada suka kat someone ni tapi tak apa la biar jer la. Amalina tak nak sakitkan hati orang jadi dengan berdiam Amalina rasa tak ada yang terluka. Lagi pun lagi baik Amalina jaga je persahabatan yang Amalina ada dengan Dia tuh.

 Bila kita ada perasaan dekat seseorang, kita kena bagitahu dia sebab dia takkan datang dengan sendirinya pada kita, dia tak tahu. Jangan biarkan dia berlalu pergi tanpa dia ketahui apa yang kita rasa.- Somebody.

No comments:

Post a Comment