Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts

Friday, June 28, 2013

Setelah sekian lama.

Hai,
dah lama kan Amalina tak update apaII. Busy sangat ni. well, orang penting. Semuanya berjalan dengan lancar. Masalah mestila ada kan. Amalina macam nak nangis pun ada. Eh chop dah nangis dah. Kekadang tuh teringat dekat Hakimi. Nak kacau dia, takut ti dia study. Kang pointer rendah marah kat Amalina pulak cam orang lain.

Tadi masa nak nangis datang dekat Kairen. Dia bagi tisu.

Amalina, jangan nangis! Jangan nangis la..

Kalau Amalina dah nangis, Amalina tak tahan sangat la. Lagi satu Amalina bukan nak marah dengan lower 6, cuma agak terasa je dengan kataII mereka. Sekarang kalian tak merasakannya kan. boleh la cakap wat lek. Cuba nanti dah rasa, jangan tanya kenapa. Bukan Amalina nak marah tapi kerana hal ni Amalina menangis. Sedih weyh. Tolong salah tak tolong salah. Dah di tolong mengata tak ditolong mengata jugak. Amalina ni satu je tahu. Tak boleh nak puaskan hati semua orang. Ni dengan PSV lagi. Bukan pendidikan seni tahu, ni penyakit. Ya Allah Kau berikanlah aku kekuatan..

Sudah la jangan cerita pasal sedihII, hari tu kan Amalina pergi USS.  Best WEYH! sangat best. Hilang stres tahu tapi badan sakit. Doktor kata, bila Amalina penat Insya Allah PSV Amalina akan hilang tapi lagi Amalina sakit satu badan adalah. Tak apa la tapi memang best sangat la. SangatII

























Friday, February 15, 2013

The End..


Assalamualaikum, hello.
Okay lagi 2 hari je lagi cuti. Hmm.. homework ada yang dah siap ada belum. Okay. Kajian dah separuh siap. Responden, orang sumber dah dapat dah. It’s great man! Hahaha. Cari bahan ni semua dengan Hajar. Bukan Amalina tak nak ajak kawan-kawan lain tapi takut mereka busy or tolong family. Harap janganlah ada yang terasa ya.


Hmm, lain-lain. Kami berusaha tahap kiritikal untuk dapatkan segala maklumat tu. Well, lumrah kan biasalah ada yang tak bagi kerjasama, ada yang bagi. Hurm.. sometimes tu dah patah semangat dah. Rasa nak buat sendiri jer tapi sedar tak sedar dah dapat respondent u semua. Huh..

okay, Miss Su ada beli SUBWAY!!. Hahaha kami-kami ni tegur la. Keluar Si Amirul bagi sikit. Hahaha. bestnya bestnya~


Rasa-rasanya hari ni tak kemana-mana, better duduk rumah je la. Okay lah bye.                           


 Jangan tinggalkan dia yang betul² cintakan awak, jangan abaikan dia yang betul² sayangkan awak, nanti bila dia dah tak ada, awak jgn menyesal.

Monday, February 11, 2013

Purpleicious


Assalamualaikum, hello.
Hai, chit chot lagi disini. Hmm, okay. Tahun ni sambutan tahum baru cina tak dibuat pada harinya macam sebelum-sebelum ni. Why? Sebab tahun ni kak ira bersanding. Theme : purple. Hahaha. Fathira mesti suka, yerla purple. Well. Satu family datang sana dengan purplenye la. Haha. Hancus bahasa entri kali ni. Okay, datang makan. Lepas tu tolong la sikit-sikit. Nak lebih-lebih tak per la kerja bahagi-bahagi. Okay, Amalina dengan adik tolong angkat beg yang akan diberikan kepada tetamu. Well, biasa la ulang alik, ulang alik. Tak apa la. Satu senaman. Ada satu part ni. Syafiq tersasul pulak bahasakan diri dia abang. Haha abang? Beza kami ni setahun je. Tak apa la tak perlu abang. Kenapa? Entah Amalina memang malu nak panggil orang abang. Even kat KFC tu pun panggil orang yang umur lingkungan 35 baru Amalina panggil abang kalau tak. Hahaha maafkan saya.

hah, tudung pulak buat hal. Hmm, redha jer la..


okay, Hakimi memang sengal. Orang ni beriya nak kenakan dia, nak tanya, dia main-main pulak.
eh ngok!

okay okay. Marah betul ni.

marah tu tak ada la geram jer. Kita dok nak tanya ni dia sibuk panggil kita sengal. Siapa yang sengal pun tak tau la #loghatkedah. Kalau berbual dengan dia ni kat dalam fon la ea Amalina cerita, kekadang tu ada cerita kekadang tak ada. Dah tak ada cerita tu buat apa call ya dak? Sengaja Amalina senyap biar dia bising seorang-seorang. Padan muka dia.
Apa pendapat kau tentang aku?

sempoi, layan kepala, biasa.

maksud dia tu Amalina tak macam sesetengah yang suka merajuk. Yang kekadang tuh buat dia menyampah pula. Hah, cuba anda-anda fikir, kalau Amalina ni suka merajuk sekali pun siapa nak layan ‘rajuk’ Amalina tu kan. Hampeh jer merajuk-merajuk tuh. Haha. Dan bila Amalina fikir balik kenapa Amalina merajuk, nanti Amalina yang malu sendiri. Tak tahu la kenapa.
kenapa kau tanya?

tak ada la saja tanya sebab kawan aku kata aku ni senang nak berbual dengan orang.

Part yang ni. Hajar. Dia yang cakap. Well, kalau dulu sebenarnya Amalina tak suka tegur orang lagi-lagi masa orientasi tingkatan 1. Haha. Amalina cuma suka tengok jer. Lain-lain tak. Malas.
Aku ni jahat sangat ker?

nak jawapan jujur ke bohong?

main-main lak.
Okay la jawapan jujur.

hah, aik?
jawapan bohong la.

aku nak yang jujur punya la..

ala kalau tahu yang jujur punya kau rotate yang bohong kan. jawapan bohong jer la. Okay…

kimi!!

hehehehehehehe

heheheh Tak guna! Hehehe.

gelak punya gelak dia cakap jugak jawapan bohong tu. Tak guna punya pak pandir. Ergh! . jawapan bohongnya..
kau ni baikkkk….

kurang ajar kan. Amalina ni 50-50. Hmmm, yela kan. orang dah pernah terkena memang kata kita cam tu.. hahaahahahaa.. Apa-apa pun kami berdua ni tetap kawan. 
Aku benci kau kimi!

Aku pun..

Laksamana... (^_^)

Thursday, February 7, 2013

DEKAN


Assalamualaikum, hello.

Don't let your happiness depend on something you may lose.

Hai. Yeay minggu depan Chinese New Year. Haha. Kenapa happy? Sebab kami satu keluarga akan berkumpul di rumah atok. Hahaha. Makan ramai-ramai. Hebad kan. Seronok weyh. Hahahaha
okay. Selalu cakap pasal Laksamana kan? tapi tak pernah pun bagitahu yang mana satu dia. Kan. Hari tu dia dapa DEKAN. Ya la. Result bagus kan. Dia memang pandai dari sekolah lagi pun. Terutama sekali sejarah. Otak apa pun tak tahu la mamat ni. Sekarang ni belajar Automotif pulak tu. Rasanya bukan subjek yang senang tuh. Hahaha. Hmmm, okay.
awak memang hebad 

Perempuan menangis bukan sebab mereka putus asa dengan hubungan tu .tapi mereka penat jaga hati si lelaki sampai hati sendiri pun terluka .

lagi? Cerita apa ya? Hahahaha. Minggu ni memang agak stres la. Atas sebab-sebab tertentu. Biasa la kan pelajar sekolah. Nasib baik la tahun depan dah tak sekolah dah. Tahun ni buat STPM betul-betul. Tahun depan terus sambung ijazah. Ya ijazah. Ijazah apa tak tahu la. Kenapa? Masih keliru. Masscomm atau pendidikan. Hmm. Mana-mana je la. Hahaha.
Bila saya dah meninggal nanti, jangan hampiri jenazah saya. kerana saya dah takda tenaga untuk gerak tangan saya untuk lap air mata awak :')

p/s : kita happy awak dapat DEKAN, semoga dapat untuk setiap sem okay. hahaha ;)
       hari ni Setia Hujung Nyawa episod akhir. 

Sunday, December 30, 2012

Rindu Sangat Sangat Rindu


It’s that true? How about vanilla? Tak habis-habis dengan vanilla dia ni. Okay, gambar ni memang amalina yang edit. Quotes tu? Copy dari laman sesawang yang ada di alam maya. Okay, like that picture I would like to tell you abaout friendship. Yes, friendship. Hmm, best kan ada kawan ni. Banyak benda kita boleh buat sama-sama. Semuanya sama-sama. Okay, sometimes dalam kawan-kawan kita tu mesti ada yang suka melaga-lagakan antara kita kan? mesti ada kan. Yang itu kita kena panggil kawan ke? Well, for me. We should. Why? Bukan ker orang macam tu kita mesti campak je dia jauh-jauh?. Wait, kita sepatutnya tanya kenapa orang tersebut melakukan perkara sebegitu. Mungkin dia cemburu dengan kawan-kawan yang lain yang dapat layan istimewa daripada kita atau kawan-kawan lain. Senang kata dalam ‘geng’ nampak tak nampak jer la. Meskipun dia dah buat jahat atau nakal, kita patut maafkan dia mungkin bukan salah dia seorang. Polis pun kalau tangkap orang mesti buat soal siasat kan? so kita pun boleh buat. Bukan satu kesalahan, dan bukannya banyak pun soalan.

Actually Amalina pernah je alami situasi macam ni tapi yang paling best ialah kami gaduh dan tak bertegur tapi bila dah baik cerita yang lepas tak akan diungkit lagi. Best kan? so no more gadugh-gaduh. Si Pencerita yang tett, Amalina boleh layan dia tapi Amalina tak akan rapat dengan dia.

Okay, Laksamana pernah tanya Amalina mengenai orang sebegini. Mengenai musibah yang menimpa ‘orang tu’, agak terperanjat la juga masa tu. Amalina betul-betul baru tahu dan untuk apa Amalina bercerita mengenai dia kan, sedangkan nanti ada jer benda yang tak kena jadi. The better way is diam jer la. That time, Amalina agak touching. Hahaha. Kenapa? Hmmm, tak tahu la. Cemburu kot masa tuh.  Haish kenapa la ada perasaan macam tuh. Don’t say that I’m fall…



okay, ini sesuai kot. hahaha. Memang jarak kami jauh pun. Kalau laksamana balik politeknik umpama Timur dan Selatan tapi kalau dia pula ke desa umpama Utara dan Selatan..

rindu kat kau! sangat weyh.
rindu segala-gala semua masa-masa kita bersama (ayat -.-') haha

hah, yang dua orang ni pun sama jugak. Ain dah sememangnya akak Amalina haha.
Najihah, rindu sangat nak dengar celotehan nasihat dia tuh..

hahaha. Kpop. Yang ini tak tahu la nak cakap apa. Memang hyper semacam. Eh salah-salah, Bermacam-macam.



hah, sorang lagi tak lupa. Athirah!!

gambar lama. Alahai~

Sebenarnya rindu dekat semua orang. Rindu sangat. Walaupun dapat berinteraksi dalam MukaBuku dan sebagainya tapi tak sama macam kita luangkan masa bersama. Kata orang, macam ada penghalang diantara kita. hahaha. Laksamana? Mesti la Amalina rindu dia. Dah la lama sangat tak jumpa dah bertahun, dah masuk 6 tahun. Dia? Datang JB tak bagitahu pun. Yerla siapa la kita ni kan. Takperla. Kalau dia turun JB lagi tak bagitahu. Amalina taknak kawan dia lagi. hahaha -.-' Serius? hmm, tengokla macam mana nanti, serius ke tak. Sedih tahu, kalau macam ni. -.-' Tak kira la siapa pun, buat macam ni. Hmmm..siap la.

Penutup

P/S :

Hakimi? Tak ada cerita kan? hahaha. Tak ada kot. Nanti kena mara pulak asyik cerita pasal dia je. Haish.. macam-macam la orang-orang ni. Tak per la lain kali Amalina update pasal dia ea? okay. Bye. Wassalam...

Thursday, December 27, 2012

Dua Puluh Dua Belas



Assalamualaikum. Hai.
lama sudah jari jemari ini tidak menari-nari diatas papan kekunci. Kenapa? Sibuk sikit akhir-akhir ni. Sibuk melayan kepenatan. Kerja kan.

Yang kau gi gatal gatal kerja kenapa?

Haiyoo. Macam mana nak jawab soalan ni? Hmm, Amalina pun satu juga dah tahu kerja tu penat kenapa la pergi bising bising. Okay,sebenarnya dari awal lagi dah rancang nak resign bila. Banyak sebenarnya cerita dekat KFC tu, stress. Amalina malas nak cerita. Kenapa? Fikir dulu sebelum buat. Tak pasal-pasal keang kena marah pulak, jalan terbaik adalah diam sahaja. Kalau stress kan ada Hakimi dengan Laksama (sekarang dah tak, dia nak jadi suami pulak)

Dekat tempat kerja, lepas satu, satu jadi. Macam-macam hal. Amalina? Okay jer fikir satu sahaja. DUIT!!. No money No food. Hahaha. Betul kan? kawan-kawan kerja, okay jer. Walaupun diaorang ramai yang tak suka dengan Amalina dan ada yang layan macam nak tak nak je tapi Amalina peduli apa.

bukan kauorang yang bayar gaji aku, KFC bayar.

Yang penting kerja je. Macam mana? Senang, fikir duit dan Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar dengan ujianNya. Ingat, setiap yang kita jalan, merupakan cubaan untuk kita terus kuat dan tabah dalam kehidupan. Amalina akui memang tak senang tapi daripada melayan orang-orang sememangnya tak suka dengan anda tiada gunanya. Iri hati tersebut hanya membawa kepada keburukan. Bekerja buat cara kerja la kan. hmm, kerjasama dari Restaurant manager dengan Ass. Manager memang terbaik, tak loket ilmu. Yang penting tak tahu tanya, jangan main buat je. Otai-otai? Aziman? Okay jer. Memang baik daripada dulu  tapi pernah jugak la kena mara dengan dia ni. Andy? Ergh! Tak guna. Masa awal-awal masuk kerja, pergh! Muka dia tapi dah lama-lama okay. Diaorang dua orang ni memang kuat mengusik juga. Kak Siti, kak Azura dan kak Bibah, mereka cool. Kecoh, riuh. Otai jugak ni. KFC Persada pun dah nak pindah kan, jadi makin sibuk la masing-masing. KFC Galeria@kotaraya akan jadi dibawah kelolaan staf-staf KFC Persada ni. Goodluck. Hmm, wait! Macam ada yang kurang kan? hah, Hadjar. Dia ada la. Dia la sahabat sehidup semati KFC. Hahaha, kami bertukar cerita, masalah dan nasihat. Gaduh? Selalu. Manja-manja, apa salahnya. Hahaha




with Restaurant manager..

with Hadjar..



Okay, rasanya sampai situ jer la cerita kerja. Sekarang kita cerita pasal tahun 2012. Hai, dah nak habis dah cerita pada tahun ni. Hmm, kenangan? Banyak. Okay, yang paling best? Form 6 la. Eh, salah-salah Prauniversiti. Hahahaha. Macam-macam. Tahun depan ada lagi. Yeah! Lagi 2semester je. Semoga kami tabah menghadapinya <--ayat pasrah la ni.

Lagi? Majlis Kolokium Pelajar Prauniversiti 2012. Hebad weyh. Sangat. Masa ni la baru sedar akan baiknya Prauniversiti. Kenapa? Sebab dapat ramai kawan. Hahaha, macam masuk yang lain-lain tu tak ada kawan je. Actually ada je Cuma Amalina merasakan kami semua adalah pewaris bangsa yang hebad dan berani. Kenapa? Cuba anda fikirkan. Pasti jawapan yang anda perolehi akan membuatkan anda respon begini.
gila lah..
pergh..
eleh…

yang mana-mana je la. Hahahaha. Yang penting kami HEBAD. Berlagak la pulak kan. haha suka la. Macam-macam keranah sebenarnya. Nak baca semua? Tak apa la Amalina tak kuat nak taip panjang-panjang. 


dengan peminat setia najwa latif, hahaha (kelakar bila ingat balik)

dengan Noriman. hahaha (ni lagi lah)

okay yang ini dah lain. hahaha


okay, new point.
hahahaha bila nak taip nama ni rasa nak tergelak. Kenapa? Siapa? Okay, orang ni selalu sangat Amalina cerita dan Amalina takut orang bosan. Dah tahu kan siapa? Hakimi la siapa lagi kan. nak buat macam mana, dah kata kawan. 



Sudah-sudah la tu tanya macam-macam. Kami ni sekadar kawan. Nak kata rapat, masing-masing jauh cuma satu negeri jer rumah. Seorang kat JB, seorang lagi kat Mersing. Jauh kan? tapi boleh la. Kekadang Amalina tak faham la, spekulasi kami berdua ‘sweet’ hahaha. Tak ada nya. Selalu gaduh, Hakimi kerjanya sakitkan hati orang je. Dia je nak menang. Amalina? Nak lawan tapi apakan daya. Orang tua kan, biar je la dia menang. Sampai satu masa Amalina cakap dengan Hakimi yang Amalina benci dia. Benci benci pun kawankan. Kesian dia, dia masuk Hospital, Amalina melawat la.

 Adik kau yang kembar tuh comel, sangat


ergh! Dah dah



Bila ada masalah dan orang-orang lain buat tak tahu je. Amalina cari Hakimi, tak kira la dia nak dengar ke dia tak nak dengar ke, DIA KENA DENGAR. Kena layan juga Tuan Puteri ni. Hahahaha. Memang la Pak pandir ni tak bagi jalan penyelesaian tapi bila ada yang dengar kita okay juga kan. Amalina ngaku la dia ni baik sebenarnya, tak ada la jahat mana pun dah perangai dia yang  macam tuh nak buat macam mana kan? Original is the best recipe kan. hahaha.



Okay, lagi? Laksamana. Hah, dah ramai dah cakap Laksamana ni Hakimi. Haha. Nope salah. Laksamana ni Amalina kenal dah lama dah sebelum kenal Pak pandir tu lagi. Dari darjah 5, Amalina selalu perhatikan dia. Kenapa? Sebab dia yang paling tinggi bukan sebab dia pujaan hati ea. Masa ni belum lagi. Naik Form1 kami kebetulan satu sekolah satu kelas dan satu KH. Kelab pun sama. Dia? Lahir awal daripada Amalina. Awal sebulan so ‘abang’ lan kan. Teringat masa dekat sekolah dulu Amalina selalu jugak la bising bising dengan dia ni. Kami buat apa sahaja yang kami suka la kan. Dia gila Amalina pun gila satu kelas menggila.hahahaha.

kau tunggu je nanti aku minang kau



I’ll treat you and protect you till the end of my life




akhirat you become mine forever la




kaukan aku punya bini




kan nak jadi bini aku kan?




nanti senang la aku nak jaga anak-anak kita

hah, percaya tak ni semua laksamana ni yang cakap. Believed me. Dia macam tu. Hahahaha. Alahai, comel. Hahaha. Disebabkan dah lama sangat kenal Amalina dah tahu la dia ni macam mana. Gelak je. Dalam kelas? Fokus dia. Tembus papan hitam, kalau mata tu ada laser tuh habis la. Dia memang suka main je dalam kelas. Bola la tu la ini la. Bila belajar, panggil dekat sepuluh kali baru dia toleh. Haish.. Laksamana ni pandai jaga adik dia. Hahaha. Comel kan?. Biar la namanya terus menjadi rahsia sebab nanti kang ada je yang tergelak berguling-guling.

okay, subtopik seterusnya. ‘Couple’. Agaknya satu kewajipan remaja sekarang mungkin. Bagi Amalina ni bukanla perkara wajib. Haram? Menurut Islam ya. Anda fikir-fikirkan la. Okay bukan ini yang akan Amalina bincang kan. Tahun 2012 tak ada dalam senarai pun nak ada ‘couple’. Cari pun tak nak apa entah lagi kan nak ‘ada’. Well, tak ada bukannya mati tapi kekadang tu tertanya jugak yang bila nak ada? Amalina tak nafikan jugak kekadang tu jeles je tengok orang jalan sama-sama dan makan sama-sama. Hmm. Bila fikir balik, bukan Amalina tak pernah buat semua tuh, pernah dan akhirnya Amalina yang sedih sebagai imbalan. Jadi untuk apa Amalina korbankan masa, tenaga dan duit untuk perkara yang sedemikian. Sepatutnya bersyukur sebab sekarang ni Amalina boleh buat macam-macam.

Nak keluar dengan lelaki ke perempuan ke takyah nak mintak kebenaran orang lain, bagitahu dekat Ibu je.

Nak gaduh dengan siapa pun sampai timbul gossip, boleh jer.


Bekerja dalam bidang yang komunikasinya tidak boleh dibataskan, boleh jer.

Berkawan dengan sesiapa jer.


Nak melawat atau ber’sayang-sayang’ dengan sesiapa pun, boleh jer.

Tak ada masalah pun. It’s cool. The most important Amalina tak yah la susah nak cari jalan nak pujuk orang kalau merajuk. Kelemahan Amalina dalah pujuk orang, memang tak pandai. Tak tahu pun. Lagi pun bukan skill perempuan kan. hahahaha sebab tu ‘couple’ bukan agenda tahun ni..

Tahun 2012, umur 18 tahun. Orang kata apa sweet 18. Sweet? boleh la tapi sebenarnya banyak sour jer. Rintangan dan cubaan yang datang lebih kurang sama jer dengan yang lepas-lepas. cuma lebih bertimpa-timpa dan agak meracau fikiran kalau makin difikirkan. Jalan penyelesaiannya biar jer la. Ini semua sebenarnya mengajar kita untuk terus kuat menjalani hari mendatang dan terus berusaha menjadi yang lebih baik dari yang lepas-lepas. Orang jugak ada kata usia 18 tahun ada umur yang membawa perubahan baharu dalam hidup setiap orang. Amalina setuju. Rasa lebih matang sikit. Sikit jer sebab perangai 'budak kecik' Amalina ni ada lagi dan itu yang buat comel tu. hahaha. Tahun 2013 pula menjelang tiba. Huh, umur? masuk 19 tahun pula. Alahai cepatnya. Ni bukan nak cerita hal kahwin ea. Angka tu hah, tak lama lagi bertukar 2 didepan dan 0 dibelakang. Alamak! NO. Hahaha. Apa pun bersyukur kehadrat ilahi atas segala kurniaannya sepanjang tahun ini dan semoga tahun mendatang ujian dan rahmatNya masih lagi ada untuk Amalina dan seluruh umat Islam..
p/s : 



Amalina pernah bayangkan jugak kalau kuasa talak dan poligami ditangan perempuan, haru biru dunia. Kasihan pula kaum Adam.



Sebaik dan sejahat mana pun rakan kita, kita perlu ikhlas berkawan dengan mereka dan menerima seadanya mereka. Mengenali seseorang dan me’layan’ sama perangai mereka yang berbeza dan complicated adalah perkara yang terindah dalam persahabatan. Percayalah..

Wasalam..


Thursday, November 29, 2012

Hakimi Mansuri

Assalamualaikum,
hai hai hai, hai awak!! Hai la kita balik. Awak ni. Okay terima kasih sebab bagi respon. Amalina ni kenapa? Mereng dah ni. Tak adanya nak mereng. Saja..
saja? mesti ada apa-apakan? hahahaha

Okay, back to the topic. What? Nama ni lagi? hahaha tau sangat la ada yang respon macam ni.

'aku dapat bayangkan apa yang KPOP cakap kalau aku mention nama ni'

baru perasan mata dia sepet. haha Nampak garis je. 

hahahahahahaha. Mesti penat kan asyik baca pasal mamat ni. Okay persoalan anda akan terjawab dia akhir entri kali ini ya. Okay where i'm gonna start this story. hmmm, okay dah tahu. kita terus cerita dekat Hospital Sultan Ismail. Amalina pergi melawat mamat ni la. Cuba scroll bawah tengok ada kan Amalina tulis kisah lawatan di entri yang lepas? hah? tak ada? Ada la. Cuba baca dan fahami pasti ada.

Okay masa nak masuk tu, tulis kat laman sesawang rasmi pukul 12tghari sampai pukul 2petang dapat masuk pukul 12.30. Sabar jer la. Kawalan memang ketat la. Semput rasa Mak Jemah tengok. Okay masuk sampai tingkat 9.

'Aku jer ker yang pergi sini? Mana orang lain? ish!'

Sampai di wad 9B. Tengok-tengok dalam. Hakimi ni memang tau. Beriya kata 9B.

'Apasal gayanya begini? Mana dia? Ergh dia ni, call tak angkat pulak tuh. Redah jer la, hah bagus ada nama. Budak ni!!, H A K I M I, okay. Aik ni 17? an? redah je la'

bila dah sampai bilik wad dia.

'Nak masuk ke tak nak? Nak masuk ke tak nak? ish tadi tak fikir pulak! Bongok!!'

Okay Amalina redah jer la. Masuk. Pandang Hakimi. bagi salam..

'eh?'
'Kawan A__ ea?'
(aku tak taip nama tuh Kimi, comel sangat nama tuh)
'Ya, hehe'
'Hah, pergi la jumpa dia.'

Bila tengok Hakimi ni.

'Ya Allah kurusnya kawan aku yang sorang ni. Apa sal muka dia? Rambut panjang. Ingat orang Korea mana la tadi'

Amalina pun cakap la dekat dia. Dia gini, dia gini. Hahaha dia cakap yer la.

'aku makan roti jer'

'kau tahu tak kaki ni kalau tak ada lapik ni macam ni hah'

Ish, saja jer an. Amalina tak tahu la Amalina dapat nyilu yang melampau sekarang ni. Bila dengar bendeII macam tu directly telinga ni panas dan mata berair.


'Alalalala'

'Apa, bukan nangis la.Bila dengar bendeII macam tu directly telinga ni panas dan mata berair'

'gi mintak doktor ubat tidur'

'Lepas tu aku nak satu hospital dengan kau? memang tak la weyh'

Hahahaha, tak mahu. Amalina rela tidur kat rumah. Okay kat situ, ada adik dia jugak. Kembar. Lelaki. Comel suka tengok. Muka dia agak sama tapi tak ada la sama sangat.

'Adik aku tu segan'

'Aku senyum tu okay jer balas balik'

'Tak, bukan la. Kalau kau tanya apa apa la an, nanti dia sengih jer kalau yang tanya tu dia tak kenal'

'ouh..'

Tak pe la Kimi. Dieorang comel apa.

dalam hati.....
'kau tu masa 1st time jumpa tak macam buat muka pulak an, okay lagi adik kau'

Kesian jugak sebenarnya dengan mamat ni, kena puasa hari ni masuk hari kedua la. Semalam dah puasa tapi Tak jadi operate, hari ni puasa lagi. Kering bibir dia. teruk..

'ala bukannya sakit'

'tak sakit? memang la tapi teruk faham tak?'

'yerla dah aku dah basahkan bibir aku. Puas.hehe'

Dia ni kan. Sabar jer la. Dia tak nampak diri dia macam yang kita nampak kan tu yang macam tu tu. Ni la orang tua zaman sekarang. Orang tengah berbual dengan mak dia, dia pulak.


'dia dapat poli PD, tak pergi sebab tak ada kawan'
(buat muka dia)

'merepek ar, ish'

okay, rasanya cukup jer la sampai sini cerita di wad. Amalina dihidangkan dengan soalan cepumas..

A : Kauorang 'kapel' ea?
Fathira : Kau dah 'ehem ehem' ea dengan dia?
Athira : declare je la ea?

Waduh, soalan ni. Menagap tidak ada di dalam subtopik pelajaran STPM ea? Aku nak jawab apa ni? bukan apa sebab hari tu 'dia' ni cakap

'kalau orang tanya aku ni boyfriend kau ke? kau jawab jer ya.'

see, suka-suka dia je, Budak ni. Eh salah orang tua ni. Okay, ada yang Amalina malas nak layan soalan yang bertimpa-timpa Amalina YA kan je tapi kalau nak cari pasal Amalina akan tanya balik soalan berkaitan dan buat soalan seperti mana di atas terus menjadi soalan tanpa ada jawapan. Kenapa? Susah ke nak jawab ya atau tidak? Tak susah mana pun sebut jer la tapi ingat la kemalangan tidak berbau, masa depan tidak Amalina tau. Hah? kan. Harap-harap anda faham sendiri la dan rasanya anda tahu jawapan bagi soalan sedemikian. Jadi? Anda dah tahu kenapa Amalina entri kali ni pasal Hakimi. Sudah kan. Oh Alhamdulillah, diberi peluang jugak mencoret entri ini. Dah start merepek dah...


p/s : 

1 . Ambik gambar Hakimi, dia kata Kau masukkan aku tak nak kawan dengan kau (huh~mengada)

2. Amalina terlepas cakap..

'Aku masuk tadi, aku ingat orang korea mana la tadi.'

'orang korean ea. hehe'
(betulkan rambut)

'menyesal aku cakap'

3. Hah, dah bawak kan barang seperti yang dijanjikan hari tu so pandai-pandai la Hakimi. Janji kita hari tu. Hahaha

4. Hakimi bukan 'Knight in Shining Armor' Amalina la, dengan keadaan dia nak jalan pun susah. Jawatan itu disandang oleh orang lain.


Manalah aku tahu kau suka teh susu ke? teh O ke? aku bukan bini kau...