Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Cinta itu dan Cinta ini.

Assalamualaikum.
Hai.
Sudah lama penulis blog ini sepi tanpa berita kan? Hai. I'm back. Untuk berceloteh kembali di sini. Di sini. Sini. Duniamalina. hahaha nampak kan tajuk tu. Cinta. hmm. Layak ke budak umur 20 tahun ini bercerita tentang cinta sedangkan dia tak perlu mengejar cinta ketika ini? hmm. Nowadays, masyarakat mengatakan cinta itu cinta antara lelaki antara perempuan tapi jika difikirkan sebenar cinta itu subjektif. Terlalu subjektif. Melibatkan kasih sayang. Melibat perasaan. Melibatkan tagisan bahkan nyawa. hmm tak betul? let see this, kerana cinta kepada agama dan negara. Wirawan dan wirawati negara sanggup menghadapi bahaya demi cinta. Masih tak betu lagi? hahaha. Jangan menafikannya okay.

Kalau nak katakan budak-budak tak boleh bercinta, kenap fikir baliklah bercinta dalam konteks apa. At my age....

"bercinta tu tak salah"

"kenapa nak bercinta sedangkan masa awak ni lagi panjang. Ada jodoh awak nanti."

"Allah ciptakan kita semua sama. Kadang kekurangan itu kesempurnaan bagi orang yang ditakdirkan sebagai jodoh kita. Hakikatnya, manusia yang suka membanding. Ada ijazah ke, gemuk ke, pendek ke, semua ciptaan Allah. Kenapa nak pertikaikan?"

Serius yang akhir tu sangat sentap! Hmm, biasalah masa kerja ni ada je masalah jiwa ni. Allah yang bagi supaya kita banyak berdoa kepadaNya supaya kita selalu ingat pada Dia daripada hal-hal dunia. hmm, Kali ini memang Amalina rasa pening dalam hal ini. Fikirkan nak belajar. Fikirkan hal yang melibatkan perasaan antara lelaki dan perempuan ni. I mean me and him. ouh. Lagi pula, parents kami berdua saling kenal. Orang lain cakap SENANG DAH TU. hahaha. Senang? Apanya? Dont you think that i'm suffer here? Not because of him but because of US. Kadang tu Amalina fikir, seseorang yang ditakdirkan untuk kita tu kita boleh terima apa sahaja tentang diri dia. I repeat apa sahaja but me. Si dia tak kisah pun pasal kelulusan atau apa pun tapi beza dengan Amalina yang fikirkan semua tu. Kadang Amalina rasa Amalina bukan untuk dia. Amalina tak boleh terima apa yang kita berdua ada. Inilah jiwa kacau anak muda. Hmm, lain lain? Amalina ni lepasan STPM yang menunggu kemasukan ke program
. Function of jadi pelajar STPM adalah untuk masuk ke Universiti. Rasa tertekan sangat fikirkan hal ni.

Azri ada bagi tahu Amalina, fikirkan semua hal ini. Apa tujuan kita sebenarnya? Ergh! I'm crying because of this..Ibu & ayah cakap keluarga dia bagus. Anak dia pun bagus. Amalina solat istikharah 3malam. Mimpikan dia tapi mimpi tu macam mengarut je. Entahlah.





Thursday, August 1, 2013

Salam Ramadhan Dan Lebaran

Hai,
Assalammualaikum.
Salam Ramadhan dan juga salam Lebaran. Hmm, Amalina tak sempat nak update masa wal puasa tu sebab banyak sgt kerja. Assignment lagi pilihanraya semua. Before puasa tu memang la nak buat macam-macam tapi manusia hanya merancang penentuan Allah yang buat. hmm. ok. Sekarang semuanya dah siap dan sekarang sibuk dengan benda lain pulak. hahaha Well, seronok actually puasa tahun ni. Sangat! terasa macam kat U pun ada. hahah perasan kan. :P Result? hahahhaha i'm happy with it, walaupun tak la bagus sangat tp okay la. Tak ada yg kena carry. Alhamdulillah.
ok Amalina nak kongsikan ni kepada semua. Baca ni.

ANDA PERLU TAHU-Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.


Love Them <3

Sunday, December 30, 2012

Rindu Sangat Sangat Rindu


It’s that true? How about vanilla? Tak habis-habis dengan vanilla dia ni. Okay, gambar ni memang amalina yang edit. Quotes tu? Copy dari laman sesawang yang ada di alam maya. Okay, like that picture I would like to tell you abaout friendship. Yes, friendship. Hmm, best kan ada kawan ni. Banyak benda kita boleh buat sama-sama. Semuanya sama-sama. Okay, sometimes dalam kawan-kawan kita tu mesti ada yang suka melaga-lagakan antara kita kan? mesti ada kan. Yang itu kita kena panggil kawan ke? Well, for me. We should. Why? Bukan ker orang macam tu kita mesti campak je dia jauh-jauh?. Wait, kita sepatutnya tanya kenapa orang tersebut melakukan perkara sebegitu. Mungkin dia cemburu dengan kawan-kawan yang lain yang dapat layan istimewa daripada kita atau kawan-kawan lain. Senang kata dalam ‘geng’ nampak tak nampak jer la. Meskipun dia dah buat jahat atau nakal, kita patut maafkan dia mungkin bukan salah dia seorang. Polis pun kalau tangkap orang mesti buat soal siasat kan? so kita pun boleh buat. Bukan satu kesalahan, dan bukannya banyak pun soalan.

Actually Amalina pernah je alami situasi macam ni tapi yang paling best ialah kami gaduh dan tak bertegur tapi bila dah baik cerita yang lepas tak akan diungkit lagi. Best kan? so no more gadugh-gaduh. Si Pencerita yang tett, Amalina boleh layan dia tapi Amalina tak akan rapat dengan dia.

Okay, Laksamana pernah tanya Amalina mengenai orang sebegini. Mengenai musibah yang menimpa ‘orang tu’, agak terperanjat la juga masa tu. Amalina betul-betul baru tahu dan untuk apa Amalina bercerita mengenai dia kan, sedangkan nanti ada jer benda yang tak kena jadi. The better way is diam jer la. That time, Amalina agak touching. Hahaha. Kenapa? Hmmm, tak tahu la. Cemburu kot masa tuh.  Haish kenapa la ada perasaan macam tuh. Don’t say that I’m fall…



okay, ini sesuai kot. hahaha. Memang jarak kami jauh pun. Kalau laksamana balik politeknik umpama Timur dan Selatan tapi kalau dia pula ke desa umpama Utara dan Selatan..

rindu kat kau! sangat weyh.
rindu segala-gala semua masa-masa kita bersama (ayat -.-') haha

hah, yang dua orang ni pun sama jugak. Ain dah sememangnya akak Amalina haha.
Najihah, rindu sangat nak dengar celotehan nasihat dia tuh..

hahaha. Kpop. Yang ini tak tahu la nak cakap apa. Memang hyper semacam. Eh salah-salah, Bermacam-macam.



hah, sorang lagi tak lupa. Athirah!!

gambar lama. Alahai~

Sebenarnya rindu dekat semua orang. Rindu sangat. Walaupun dapat berinteraksi dalam MukaBuku dan sebagainya tapi tak sama macam kita luangkan masa bersama. Kata orang, macam ada penghalang diantara kita. hahaha. Laksamana? Mesti la Amalina rindu dia. Dah la lama sangat tak jumpa dah bertahun, dah masuk 6 tahun. Dia? Datang JB tak bagitahu pun. Yerla siapa la kita ni kan. Takperla. Kalau dia turun JB lagi tak bagitahu. Amalina taknak kawan dia lagi. hahaha -.-' Serius? hmm, tengokla macam mana nanti, serius ke tak. Sedih tahu, kalau macam ni. -.-' Tak kira la siapa pun, buat macam ni. Hmmm..siap la.

Penutup

P/S :

Hakimi? Tak ada cerita kan? hahaha. Tak ada kot. Nanti kena mara pulak asyik cerita pasal dia je. Haish.. macam-macam la orang-orang ni. Tak per la lain kali Amalina update pasal dia ea? okay. Bye. Wassalam...

Thursday, December 27, 2012

Dua Puluh Dua Belas



Assalamualaikum. Hai.
lama sudah jari jemari ini tidak menari-nari diatas papan kekunci. Kenapa? Sibuk sikit akhir-akhir ni. Sibuk melayan kepenatan. Kerja kan.

Yang kau gi gatal gatal kerja kenapa?

Haiyoo. Macam mana nak jawab soalan ni? Hmm, Amalina pun satu juga dah tahu kerja tu penat kenapa la pergi bising bising. Okay,sebenarnya dari awal lagi dah rancang nak resign bila. Banyak sebenarnya cerita dekat KFC tu, stress. Amalina malas nak cerita. Kenapa? Fikir dulu sebelum buat. Tak pasal-pasal keang kena marah pulak, jalan terbaik adalah diam sahaja. Kalau stress kan ada Hakimi dengan Laksama (sekarang dah tak, dia nak jadi suami pulak)

Dekat tempat kerja, lepas satu, satu jadi. Macam-macam hal. Amalina? Okay jer fikir satu sahaja. DUIT!!. No money No food. Hahaha. Betul kan? kawan-kawan kerja, okay jer. Walaupun diaorang ramai yang tak suka dengan Amalina dan ada yang layan macam nak tak nak je tapi Amalina peduli apa.

bukan kauorang yang bayar gaji aku, KFC bayar.

Yang penting kerja je. Macam mana? Senang, fikir duit dan Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar dengan ujianNya. Ingat, setiap yang kita jalan, merupakan cubaan untuk kita terus kuat dan tabah dalam kehidupan. Amalina akui memang tak senang tapi daripada melayan orang-orang sememangnya tak suka dengan anda tiada gunanya. Iri hati tersebut hanya membawa kepada keburukan. Bekerja buat cara kerja la kan. hmm, kerjasama dari Restaurant manager dengan Ass. Manager memang terbaik, tak loket ilmu. Yang penting tak tahu tanya, jangan main buat je. Otai-otai? Aziman? Okay jer. Memang baik daripada dulu  tapi pernah jugak la kena mara dengan dia ni. Andy? Ergh! Tak guna. Masa awal-awal masuk kerja, pergh! Muka dia tapi dah lama-lama okay. Diaorang dua orang ni memang kuat mengusik juga. Kak Siti, kak Azura dan kak Bibah, mereka cool. Kecoh, riuh. Otai jugak ni. KFC Persada pun dah nak pindah kan, jadi makin sibuk la masing-masing. KFC Galeria@kotaraya akan jadi dibawah kelolaan staf-staf KFC Persada ni. Goodluck. Hmm, wait! Macam ada yang kurang kan? hah, Hadjar. Dia ada la. Dia la sahabat sehidup semati KFC. Hahaha, kami bertukar cerita, masalah dan nasihat. Gaduh? Selalu. Manja-manja, apa salahnya. Hahaha




with Restaurant manager..

with Hadjar..



Okay, rasanya sampai situ jer la cerita kerja. Sekarang kita cerita pasal tahun 2012. Hai, dah nak habis dah cerita pada tahun ni. Hmm, kenangan? Banyak. Okay, yang paling best? Form 6 la. Eh, salah-salah Prauniversiti. Hahahaha. Macam-macam. Tahun depan ada lagi. Yeah! Lagi 2semester je. Semoga kami tabah menghadapinya <--ayat pasrah la ni.

Lagi? Majlis Kolokium Pelajar Prauniversiti 2012. Hebad weyh. Sangat. Masa ni la baru sedar akan baiknya Prauniversiti. Kenapa? Sebab dapat ramai kawan. Hahaha, macam masuk yang lain-lain tu tak ada kawan je. Actually ada je Cuma Amalina merasakan kami semua adalah pewaris bangsa yang hebad dan berani. Kenapa? Cuba anda fikirkan. Pasti jawapan yang anda perolehi akan membuatkan anda respon begini.
gila lah..
pergh..
eleh…

yang mana-mana je la. Hahahaha. Yang penting kami HEBAD. Berlagak la pulak kan. haha suka la. Macam-macam keranah sebenarnya. Nak baca semua? Tak apa la Amalina tak kuat nak taip panjang-panjang. 


dengan peminat setia najwa latif, hahaha (kelakar bila ingat balik)

dengan Noriman. hahaha (ni lagi lah)

okay yang ini dah lain. hahaha


okay, new point.
hahahaha bila nak taip nama ni rasa nak tergelak. Kenapa? Siapa? Okay, orang ni selalu sangat Amalina cerita dan Amalina takut orang bosan. Dah tahu kan siapa? Hakimi la siapa lagi kan. nak buat macam mana, dah kata kawan. 



Sudah-sudah la tu tanya macam-macam. Kami ni sekadar kawan. Nak kata rapat, masing-masing jauh cuma satu negeri jer rumah. Seorang kat JB, seorang lagi kat Mersing. Jauh kan? tapi boleh la. Kekadang Amalina tak faham la, spekulasi kami berdua ‘sweet’ hahaha. Tak ada nya. Selalu gaduh, Hakimi kerjanya sakitkan hati orang je. Dia je nak menang. Amalina? Nak lawan tapi apakan daya. Orang tua kan, biar je la dia menang. Sampai satu masa Amalina cakap dengan Hakimi yang Amalina benci dia. Benci benci pun kawankan. Kesian dia, dia masuk Hospital, Amalina melawat la.

 Adik kau yang kembar tuh comel, sangat


ergh! Dah dah



Bila ada masalah dan orang-orang lain buat tak tahu je. Amalina cari Hakimi, tak kira la dia nak dengar ke dia tak nak dengar ke, DIA KENA DENGAR. Kena layan juga Tuan Puteri ni. Hahahaha. Memang la Pak pandir ni tak bagi jalan penyelesaian tapi bila ada yang dengar kita okay juga kan. Amalina ngaku la dia ni baik sebenarnya, tak ada la jahat mana pun dah perangai dia yang  macam tuh nak buat macam mana kan? Original is the best recipe kan. hahaha.



Okay, lagi? Laksamana. Hah, dah ramai dah cakap Laksamana ni Hakimi. Haha. Nope salah. Laksamana ni Amalina kenal dah lama dah sebelum kenal Pak pandir tu lagi. Dari darjah 5, Amalina selalu perhatikan dia. Kenapa? Sebab dia yang paling tinggi bukan sebab dia pujaan hati ea. Masa ni belum lagi. Naik Form1 kami kebetulan satu sekolah satu kelas dan satu KH. Kelab pun sama. Dia? Lahir awal daripada Amalina. Awal sebulan so ‘abang’ lan kan. Teringat masa dekat sekolah dulu Amalina selalu jugak la bising bising dengan dia ni. Kami buat apa sahaja yang kami suka la kan. Dia gila Amalina pun gila satu kelas menggila.hahahaha.

kau tunggu je nanti aku minang kau



I’ll treat you and protect you till the end of my life




akhirat you become mine forever la




kaukan aku punya bini




kan nak jadi bini aku kan?




nanti senang la aku nak jaga anak-anak kita

hah, percaya tak ni semua laksamana ni yang cakap. Believed me. Dia macam tu. Hahahaha. Alahai, comel. Hahaha. Disebabkan dah lama sangat kenal Amalina dah tahu la dia ni macam mana. Gelak je. Dalam kelas? Fokus dia. Tembus papan hitam, kalau mata tu ada laser tuh habis la. Dia memang suka main je dalam kelas. Bola la tu la ini la. Bila belajar, panggil dekat sepuluh kali baru dia toleh. Haish.. Laksamana ni pandai jaga adik dia. Hahaha. Comel kan?. Biar la namanya terus menjadi rahsia sebab nanti kang ada je yang tergelak berguling-guling.

okay, subtopik seterusnya. ‘Couple’. Agaknya satu kewajipan remaja sekarang mungkin. Bagi Amalina ni bukanla perkara wajib. Haram? Menurut Islam ya. Anda fikir-fikirkan la. Okay bukan ini yang akan Amalina bincang kan. Tahun 2012 tak ada dalam senarai pun nak ada ‘couple’. Cari pun tak nak apa entah lagi kan nak ‘ada’. Well, tak ada bukannya mati tapi kekadang tu tertanya jugak yang bila nak ada? Amalina tak nafikan jugak kekadang tu jeles je tengok orang jalan sama-sama dan makan sama-sama. Hmm. Bila fikir balik, bukan Amalina tak pernah buat semua tuh, pernah dan akhirnya Amalina yang sedih sebagai imbalan. Jadi untuk apa Amalina korbankan masa, tenaga dan duit untuk perkara yang sedemikian. Sepatutnya bersyukur sebab sekarang ni Amalina boleh buat macam-macam.

Nak keluar dengan lelaki ke perempuan ke takyah nak mintak kebenaran orang lain, bagitahu dekat Ibu je.

Nak gaduh dengan siapa pun sampai timbul gossip, boleh jer.


Bekerja dalam bidang yang komunikasinya tidak boleh dibataskan, boleh jer.

Berkawan dengan sesiapa jer.


Nak melawat atau ber’sayang-sayang’ dengan sesiapa pun, boleh jer.

Tak ada masalah pun. It’s cool. The most important Amalina tak yah la susah nak cari jalan nak pujuk orang kalau merajuk. Kelemahan Amalina dalah pujuk orang, memang tak pandai. Tak tahu pun. Lagi pun bukan skill perempuan kan. hahahaha sebab tu ‘couple’ bukan agenda tahun ni..

Tahun 2012, umur 18 tahun. Orang kata apa sweet 18. Sweet? boleh la tapi sebenarnya banyak sour jer. Rintangan dan cubaan yang datang lebih kurang sama jer dengan yang lepas-lepas. cuma lebih bertimpa-timpa dan agak meracau fikiran kalau makin difikirkan. Jalan penyelesaiannya biar jer la. Ini semua sebenarnya mengajar kita untuk terus kuat menjalani hari mendatang dan terus berusaha menjadi yang lebih baik dari yang lepas-lepas. Orang jugak ada kata usia 18 tahun ada umur yang membawa perubahan baharu dalam hidup setiap orang. Amalina setuju. Rasa lebih matang sikit. Sikit jer sebab perangai 'budak kecik' Amalina ni ada lagi dan itu yang buat comel tu. hahaha. Tahun 2013 pula menjelang tiba. Huh, umur? masuk 19 tahun pula. Alahai cepatnya. Ni bukan nak cerita hal kahwin ea. Angka tu hah, tak lama lagi bertukar 2 didepan dan 0 dibelakang. Alamak! NO. Hahaha. Apa pun bersyukur kehadrat ilahi atas segala kurniaannya sepanjang tahun ini dan semoga tahun mendatang ujian dan rahmatNya masih lagi ada untuk Amalina dan seluruh umat Islam..
p/s : 



Amalina pernah bayangkan jugak kalau kuasa talak dan poligami ditangan perempuan, haru biru dunia. Kasihan pula kaum Adam.



Sebaik dan sejahat mana pun rakan kita, kita perlu ikhlas berkawan dengan mereka dan menerima seadanya mereka. Mengenali seseorang dan me’layan’ sama perangai mereka yang berbeza dan complicated adalah perkara yang terindah dalam persahabatan. Percayalah..

Wasalam..


Wednesday, November 14, 2012

Suara Tuan Puteri HILANG!!!


Assalamualaikum,
well kelmarin dah update blog hari ni update lagi.
serius tak de kerja kan. Semalam duduk dekat rumah macam orang gila. Walaupun sakit tapi serius macam tak ada life tu baru satu hari tu.

sekarang aku faham macammana rasa Fathira yang nak masuk PMM bulan dis, Hakimi dengan kaki dia yang besar dan Mizi dengan tangan dia yang kena buat physiotheraphy. Duduk kat rumah. BOSANNYA!!

sayang percayala apa kataku kerna ku sayang kamu. hahaha



Fuh! Even Amalina kena makan ubat then tidur, then bangun then makan then makan ubat, then tidur. Argh~ lepas tuh tgk tv tak de cerita best on9 tak de org on9 tidur lagi. Malam? Nak tidur dah tak boleh makan ubat baru boleh tidur. Huh~ bosan gila…

Apa pun tak boleh. Nak berlari? Demam petang hujan. Payah payah. Serius sekarang memahami perasaan mereka mereka yang duduk di rumah sahaja. Huh, kesian korang. Well esok I’m gonna start my duty as usuall like before masuk PraU. As KFC Persada Johor CSTM. CSTM? Apa tuh? Okay let me explain CTSM stnd for Customer Service Team Member. Okay ni gelaran la kiranya melibatkan team member yang berkerja jadi cashier atau csc. Csc? Apa pulak? Entah la amalina pun lupa stand for what.. yang ada service cam tuh la. Kalau FSTM = Food Service Team Member so ini yang akan bekerja di bahagian back up or cook. Yang pakar la kiranya. Hahaha



Me? Biasa jer but kira duit. Huh sayala juaranya. Lagi satu kalau bab BALIK, huh. Memang akan balik awal. Stres tahu tak kerja situh, itu la ini la. Semuanya serba tak kena. Bukan nak cakap manager or yang atasII tu tapi yang biasa ni hah dok berbual jer kerjanya kerja tak buat. Bila orang order tak dapat.
‘tok seyh marah-marah la’
‘orang order daripada tadi tak dapat-dapat cuba korang nak makan orang lambat bagi marah tak? Marahkan? Fikirla sikit’

Amalina kalau dah mengamuk tak ingat dunia. Jangan cuba sesekali usik Amalina kalau time Amalina naik angin depan depan manager nanti Amalina harok. Jangan ingat Amalina tak pernah. Satu jer yang boleh mengembalikan ketenangan ialah solat. Nasib baik masa tuh lagi berapa minit jer nak pukul 2 kalau tak memang Amalina dah punch out dah.

okay, lagi satu perangai Amalina ni an. Amalina memang suka buat tak tahu jer, kalau senior-senior tuh nak marah ker hapeh ker biar jer kerana duit lebih penting daripda mereka. Yes, MONEY. Hehehe so tak payah kisahlah pasal orang lain. Kisah pasal kerja anda sahaja. Percayalah kalau anda buat perkara yang sama anda akan rasa nikmatnya.. hee

Nasib baik la ada kerja yang dapat mengisi masa-masa cuti semester ni kalau macam kawan-kawan Amalina yang lain. Waduh, mati kutu dibuatnya, duduk rumah.. adoi. Maafkan saya kerana saya bukan orang yang duduk diam.



Muhammad Faris Bin Amran!! Serius aku rindu giler kat kau. Rindu sangat weyh! Bila hang nak turun JB? Yola kan dah dok Kedah ngn ulang alik Kelantan mana hang ada masa nak mai JB. Ye dak? Adoi, mesti hang nak cakap Johor pon dah bercampur baur kan?hahahha. Faris, Faris….


Apasal Amalina rasa macam janggal jer sebut nama mamat ni hah? Mungkin dah lama tak sebut kan. Macam ni la jadinya.  Dulu masa darjah 5 sekolah agama kami ni satu sekolah. Bertegur? Memang tak la. Malu tapi form 1 satu kelas la pulak, tuh yang jadi kawan tu. Dia ni dok bising 24jam nak balik Kedah nak balik Kedah. Hah, hari terakhir kat sekolah satu kelas nak ambik gambar dengan dia malu pulak. Mengada. Macam-macamlah kiteorang buat kat sekola itu la ini la. Hahahaha. Memang giler layan dia ni, dan dia juga pelat ‘R’. hehehe

sangat merepek budak ni.




see. I told u already.  Kau? Gilerkan aku konon? Ergh! Tersedak mak jemah weyh. Hhehe. Kami? Memang ada something yang special yang tak semua orang ada. Hahahhahahaha. Yer special sangat. Hahahahaha, tak ada lah. Tak ada yang lagi special selain persahabatan. Persahabatan selamanya.

Amalina bukan taknak hubangan yang istimewa ker hapeh tapi bila Amalina fikirkan balik. Apa akan jadi nanti? I mean what will happen with our friendship after break up? Dekat sepuluh juta kali Amalina fikir sampai tak boleh tidur. Sebenarnya Amalina rela jadi ‘pungguk rindukan bulan’ daripada Amalina cakap perasaan Amalina dan ‘orang tuh’ terus tak nak kawan dengan Amalina. Kalau dia cakap dulu? Okay, Amalina akan cakap jugak, tapi kalau dia main-main. Fine I’ll let it go.


hmmm, esok kerja. Masuk pukul 8pagi balik pukul 5 petang kecuali ada event besar OT la. Kalau tak, bile rajin jer tak rajin? JANGAN HARAP!!.

To Hakimi : -

kau check up 20 november ni ea? goodluck. Semoga kaki kau cepat sembuh, sebenarnya aku kesian kat kau. Esok kalau aku balik lambat aku survey kan phone kau tu. Kalau tak esok? esok nya lagi ea. Lepas ni jaranglah aku update blog kalau dah kerja KFC balik memang penat. 

# I need my voice..





Tuesday, October 16, 2012

Saiz dan suka


Assalammualaikum,
hai.
Topik hari ini.  Entahlah, Amalina tak tahu nak cakap apa? hahaha.
okay. Let see…
Amalina tak tahulah nak cakap macam mana dan nak cakap apa?


okay. See~ Takkanlah Amalina nak tanya ‘saiz’ dia apa an. Nak tanya? Memang tak lah. Kenapa? Entahlah memang tak bolehlah nak tanya. Tak tercakap. Mungkin sebab malu. KOT~ Sepatutnya boleh jer kan tanya. NO WAY. Amalina tak boleh nak tanya. You guys boleh ke tanya? Kalau boleh, baguslah BERANI. Kalau tak boleh? Kita samalah. J

Topik : Minat. Minat je okay bukan suka <-- eh, ye ker? Tak sama ea?
ye la ejaan pun tak sama.



hah? dah baca? Hahahahaha gelak kan? siapa yang tak gelak tu buat-buat gelaklah. Tak kelakar pun gelak jer. Tips kekal muda. Hahahaha. Mesti terfikir dalam kepala an ‘apa yang kelakar sangat?’. Kelakarlah Mizi cakap macam tu. Haish~. No it doesn’t mean that Hakimi tu jahat or ‘hodoh’ <-- this doesn’t mean that I’m dislike him.

 okay dah. Amalina bukan tak suka dekat lelaki ataupun benci (eh bukan maksudnya sama ker? Apa-apalah la) it just that, he is my friend. Tengok je la macam yang lepas-lepas lepas jer ‘couple’ (after break) bukannya kawan pun lagi bermusuh lagi ada lah. Hish~ penat ramai sangat nak bermusuh, penuh list. Sekarang ni PraU, lepas aktiviti ini, aktiviti tu pulak. Baca buku, latihan , nota, dan pengawas, tak ke penuh Amalina punya aktiviti.

Athirah : orang yang paling busy sekali dalam kelas ni, kau lah Amalina.
Me :   -.-‘


See~ Athirah pun cakap macam tu. Bila fikir-fikir balik Amalina macam tak ada masa sangat untuk ‘gang’ Amalina sendiri. Harapkan masa-masa dalm kelas je la. Kadang-kadang Amalina balik lambat, mereka balik awal. Mereka balik lambat, Amalina pulak yang balik awal <-- takde‘change’ langsung. For right now, better single J. Okay, sekarang memanglah cakap macam ni akan datang tak tahu la penentunya bukan kita tapi Allah SWT.
Never plan that one day I’ll be losing you.

p/s : Amalina takkan mengaku dekat orang yang Amalina suka tu Amalina suka dia.Tak kisahlah orang tu siapa.




Saturday, June 30, 2012

Ouh My Boyfriend

lama sudah blog ni tak diupdate. Been busy la so busy..
kekadang tu masa ngn kawanII ada tapi macam tak ada jer. Tu dengan kawanII, dengan family pulak duduk jerk at rumah tu tapi kepala fikir esok nak buat ape kat sekolah? Esok ada ape kat sekolah? Macam mana nak bahagikan masa esok? Huh, penat ! Okay, about my boyfriend ni macam kerenah, begitulah beginilah. Kekadang tu layan macam nak tak nak tapi kejap lagi lain pulak. Haishh~ lelaki beginikah kalian apabila sudah dewasa?. Bila lelaki ni terlampau jujur, kata-kata mereka itu menyakitkan hati. SANGAT MENYAKITKAN!!! Seriously, no doubt u alls….
Bila tengok budak arus perdana especially boys, GOSH!! Mengada-ngadanya anda. Gaya anda sangatII seperti budak kecil. Berlari sana sini, bising sana sini, jerit sana sini, ketawa lagi la.. ouh boys!!!  Boleh duduk diamII tak? Boleh? Bagus la.. Entri kali ni memang nak cakap pasal lelaki. Kenapa? Tak tau, saja gatal. Tak suka? Okay, jangan baca entri ni lagi.
Okay back to the topic, actually I want introduce may boyfriend the new one and the old one hehehe. What kenapa banyak sangat? Suka la nak banyakII, kalau satu je biasa sangat. Orang lain pon ada so kenapa kita nak jadi biasaII jer padahal kita boleh jadi lebih daripada biasa. Over kan? baru tahu ke amalina over. Terlambat dah..


Afiq Naqiuddin. ala islamic orangnya.


Rian and Haziq.
seee~
ramaikan? hahaha

they are my friend actually. no special boyfriend pun. kalau masa untuk family and kawan ada tapi macam tak ada je bayangkanlah kalau ade boyfriend. kesian dia, maerayap sana sini tak ada orang teman, nak bercakap tak ada orang layan. Better tak perlu ada. okay they very cool okay so cool.. why? cause they are!!
For girls, you’re special so if nak tau nampak tak ‘The Story of Us’ tuuu.. hah click situh. Anda di situ… :D

with a lot of love,

Amalina KA