Sunday, September 16, 2012

Diet, Senam dan Derma Darah.


Assalamualaikum..
Hari ni hari Isnin….
cuti..
sebab semalamnya Hari Malaysia so hari ni cuti la. Aktiviti? Biasa jer.
eh salah salah bukan biasa luar biasa. PagiII jogging dekat ST. Penat kaki oden ni berlari sana sini. Sebenar otot perut dengan pinggang Amalina ni sakitnya Ya Ampun. Pagi semalam buat seat-up. Hah, pelik tak kenapa? Mesti la kan?

Okay. Actually sejak kerja KFC tu an berat badan Amalina naik.Tak ada lah naik mendadak terus gituh tapi nampaklah perubahan. Hmmm. So as a resultnya kenalah jaga badan sekarang. Lagi satu faktornya Jamuan DSLC, temanya ‘Elegant’ baju dah beli dah yang tang saiz badan tuh perlulah diambil kira dan dikecilkan sedikit. Semata-mata nak nampak ‘elegant’kan? hahahaha nope la actually. Like I said before, badan dah mula naik lagi satu salah satu cara jugak untuk sihat. Diet dan senam.

Nak berlari satu padang besar ST tuh memang tak larat. Lari lari anak bulatan kecil jer tapi banyak kali pusing. Hmmm, nasi! Nasi tak makan. Dah dekat 5 hari. Macam mana rasa? Hah, cuba tak makan nasi satu hari. Hah macam tula Amalina rasa. Inikan lagi 5 hari kan. ibu dengan ayah tak kisah asalkan tak sakit sudahla. Actually baru dua hari tak makan nasi seluar sekolah dah terasa besar sikit. Hah~ see. Hahaha semata-mata an. Okay jangan salah faham Amalina bukan tak makan langsung, makan Cuma tak macam selalu. Makan pun memang tak makan nasi, makan roti or biskut + air susu (omega plus) untuk gantikan nasi. Okay malam tak makan. Minum air sahaja. Kalau sekolah pandai-pandailah cari roti ker biskut ker kat KOOP tuh. J

Okay, tu cerita diet now cerita derma darah. That day ada video call dengan Hakimi Mansuri. Hah yela Hakimi si tinggi tuh <-- yang xcident tu la. Hah, Amalina tengok dia masa tu, Ya Allah dah tinggi makin kurus. Cengkung mukanya.

Amalina : Kimi aku tengok kau ni makin kurus.
Hakimi  : yerla, aku hari tuh kan xcident bayak keluar darah. Kat hospital masuk lagi 2 bag, aku macam tak ada selera. 10 hari aku tak lalu nak makan.
Amalina : kau hilang banyak darah la ni. Kau darah apa?
Hakimi  : darah O. Kalau aku aku tak xcident aku tak tahu pun darah aku O
Amalina : darah O? kesiannya..
Hakimi  : asal pulak?
Amalina : darah paling sikit la tuh hahaha
Hakimi  : kau ni. Kau tuh patut derma darah untuk orang macam aku!
Amalina : huh? Yerla nanti aku dermalah UNTUK ORANG MACAM KAU :P


hahahaha. Dah tak payah nak gelak sangat. Tak kelakar pun. Kitorang memang macam tuh. Nak dijadikan cerita Amalina pergi la derma darah. Sampai jer nak derma macam-macam ditanya. Huh macam ni ke kalau perempuan nak derma darah. Seriously terseksa. Yang paling best.

nurse : adik ni dah cukup 18 ker?
Amalina punyalah pelik? Muka ni nampak tak cukup umur ker?  Aduhai! Muda la kiranya ni. Hehehehe. Okay dah la tuh ambil lah sikit sampel darah dekat jari. Ouch! Sakit sikit la. Darah Amalina AB J tapi sayangnya darah AB masa tuh tak diambil sebab dah banyak. Ayah test pulak darahnya B, okay ayah boleh derma. Masa tu sebenarnya suka ada tak suka pun ada. Okay, tak suka sebab Amalina tak boleh derma. Suka sebab Amalina tak kena cucuk denga jarum besar tuhhh!. Huh! Luckily. J then ceritalah dekat Hakimi.

see~ dia ni memang suka macam ni.





sukaII dia jer kan. Amalina pun sama actually suka sangat ‘usik’orang J Tak kisah sangat la. Amalina dengan si Hakimi ni pun sama. Eh kejap bukan dia je okay orang lain pun. Kat  sekolah Kai Ren la selalu kena.

Okay la J
itu sahaja.
Assalammualaikum..



No comments:

Post a Comment