They say past is past. We need to move on to see our future.
But how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the
future.
Assalammualaikum semua.
Selamat datang ke entri yang ntah ke berapa la ni.
untuk entri kali amalina tak tau nak mulakan cerita macam mana. Banyak sangat aktiviti yang diatur pihak sekolah untuk amalina dengan kawan-kawan Prauniversiti yang lain. 27 September kami ada MUET Drama untuk semua 6 Bawah. Masing-masing melakonkan watak dan jalan cerita yang berbeza. Kelakar dan ada yang sedih. Tidak dinafikan seronok. Bagaimana keadaannya? Begini…

29 September. Jamuan Akhir Tahun DSLC.
Tema jamuan bagi tahun 2012 ‘Elegant dan Sopan’ hehehe. Masing-masing mengayakan pakaian yang cantik-cantik. Comel. Masa ni semua melaram sehabis mungkin. Yang cantik dicantikkan lagi. Amalina? Biasa-biasa sahaja. Kebetulan amalina memikul tanggungjawab sebagai pengacara majlis dengan Ernawati dan juga Akmal Faris. Gandingkan tiga. Acara formal jadi suara yang keluar pun formal juga. Akhir-akhir majlis tu Akmal dah berdehem. Suara agak hilang juga. Mana taknya, semalamnya raptai penuh sehingga 6.30petang. Sangat meletihkan, lapar pun ada tapi apabila mengenangkan ‘on diet’ sabar mengatasi segala-galanya. Majlis DSLC dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar. Rasa bangga ramai yang ada bakat! Rugi sesiapa yang menolak acara sedemikian. Akhir acara kami semua berkaroke, menari ‘oppa gangnam’ macam-macam lagilah. Seronok!
Amalina baru teringat dekat kawan Amalina yang seorang ni. Kesian dia. Hakimi la. Kaki dia. Katanya dah cabut besi tapi tulangnya beralih. Doktor kata lepas 6minggu buat pembedahan masukkan besi. Kesian dia, masa tu amalina dah habis satu semester. Rancang nak kerja separuh masa. Kumpul duit. Nak beli DSLR ^^, tak tahu nak cakap macam dekat Hakimi. Ayat yang sama je la yang boleh dikatakan ‘sabar, sabar’ tak tahulah sampai bila. Amalina tak rasa apa yang dia rasa memang tu saja yang boleh ditolong selain doa.
“ Ya Allah kau berikan aku kekuatan untuk menghadapi segala cubaan dan rintangan hidup. Berikan jugalah kekuatan itu kepada ibu bapaku, guru-guruku dan juga rakan-rakanku. Janganlah Engkau uji kami dengan sesuatu yang diluar kemampuan kami.” Amin~

Untuk Hakimi, aku harap kau cepat sembuh. J
Sekian. Wasalam.
(bahasa agak baku? Ya sengaja.)
Sekian. Wasalam.
(bahasa agak baku? Ya sengaja.)
No comments:
Post a Comment